Thursday, October 17, 2013

Bekas mufti pun sokong.. apa cerr..

Dia memang menyokong penggunanaan kalimah. Sebelum ini aku dah ulas, jadi tak perlu nak ulas kenyataan bekas mufti ini. Semalam aku balik kampung, aku tanya bapa mertuaku. Apa pendapat tentang isu ini. Pada mulanya memang dia kata, orang Arab memang guna kalimah Allah, jadi boleh la. Tetapi dia membuat perincian, orang kristian tidak percaya kepada Allah. Nabi Isa itu anak tuhan, dan Mariam itu mak Tuhan. Sedangkan dalam Islam lain. Jadi orang kafir memang tak boleh guna kalimah Allah.

Bayangkang kalau di depan gereja akan terpampang Kalimah Allah. Jika anak kita bertanya, memang panjang lebar untuk dijelaskan. Kalau mereka tak puas hati, mereka akan menyimpan dan akan cuba untuk ke gereja mendalami kristian.

Hujah, kita sepatutnya mendidik anak dengan ilmu agama. Camni la. Kalau ada sekawan rusa, pasti akan menjadi mangsa harimau kumbang. Sepatutnya ulama fikir di luar kotak. Tapi sayang sekali, ilmu beliau hanya seperti dalam 'buku'.
Biar Ustaz Kazim yang kupas isu ini.


Ada yang membuat perumpaan isu ini seperti ini. Dalam kita dilarang sama sekali menyamartakan agama lain dengan Islam. Jika kita berpendapat, Islam sama arasnya dengan agama lain, akidah kita sudah terpesong. 
Seorang lelaki pulang dari kerja maka anaknya mula memanggilnya "Ayah".

Jirannya terdengar dan merasa marah lalu berkata; "Bolehkah kamu suruh anak kamu jangan panggil kamu 'Ayah'?

Lelaki tersebut bertanya; "Kenapa?"

Jirannya menjawab; "Kerana anak saya juga memanggil saya 'Ayah' juga dan saya tidak mahu mereka terkeliru siapakah 'Ayah' mereka yang sebenarnya lalu memanggil kamu sebagai 'Ayah' mereka'

Lelaki tersebut menjawab; "Adakah kerana anak kamu tak kenal siapa 'Ayah'nya maka dia akan terkeliru memanggil saya 'Ayah' mereka lalu terlupa siapakah 'Ayah' mereka yang sebenarnya? Kamu tidak mendidik anak kamu mengenali siapa 'Ayah'nya yang sebenar lalu kerana kegagalan kamu mendidik maka kamu halang anak saya dari panggil saya 'Ayah' yang telah mereka panggil sejak sekian lama?"

Jirannya menjawab; "Aku tak peduli. Hanya anak aku sahaja yang boleh guna dan panggil aku 'Ayah'....

Chinese say in Kantonis : "Yeah Man"

Untuk menyalahkan Abby pun tak boleh, kalau bekas mufti pun berpendirian tidak menyokong keputusan hakim. Satu ketika dulu, ramai orang mendebatkan kita tidak perlu membaca doa Qunut semasa solat Subuh. Dikatakan ia berakar dari negeri utara. Sebelum ini Syam Kamikaze juga mempertikaikan sedekah Al-Fatihah apabila ada kematian. Siapa guru Syam kalau bukan Dr. Asri.
Tak tahu nak komen mentaliti penulis blog ini. Aku tak tahu tang mana menghina. Semua benda nak dilihat dari sudut politik. Bingai...


No comments:

Post a Comment