Mereka anggap pilihanraya ini sebagai pertandingan keluarga. Tidak kedengaran isu panas semasa penamaan calon semalam. Diharap keadaan ini dapat dikekalkan.
Keputusan prk tidak merubah apa-apa. Tetapi prk Sungai Limau memberi tekanan kepada Pas untuk mengekalkan kerusi tradisi. Walaupun umno diramal sukar untuk menang, tetapi parti ini masih mempunyai harapan kerana banyak isu semasa membelit Pas.
Pas akan menggunakan isu kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi kerajaan. Jika umno menang, menandakan isu kenaikan harga minyak tidak menjejaskan sokongan umno. Pas pula harus melihat kekalahan tersebut pada konteks nasional kerana dun ini ialah kawasan kuat mereka.
Bukan senyuman palsu. Prk Sungai Limau menguji keutuhan umno selepas pemilihan parti.
Mesranya kau Din... pujuk Mukrhiz ke..?
Gambar ni jauh sangat. Tak clear. Tapi ia memberi makna yang besar kepada umno.
Walaupun kalah Tun Faisal masih menjalankan kerja parti. Najib perlu memberi jawatan atau tugasan seperti timbalan ketua penerangan umno. Tenaga kerja anak muda ini amat diperlukan dalam umno.
No comments:
Post a Comment