Thursday, October 24, 2013

Kemenangan Pas tercabar

Kenapa ceramah Pas kosong. Walaupun ia tidak membuktikan Pas akan kalah, namun serba sedikit ia membawa tamparan kepada parti itu. Dun Sungai Limau adalah kubu Pas sejak sekian lama, jadi mengapa ceramah Pas kurang mendapat sambutan.?
Jika benar dakwaan kawan aku sebelum ini, orang Kedah kecewa dengan Pas kerana isu kalimah Allah. Ada juga kekalahan Pas di Kedah kerana Mat Sabu syiah. Mungkin sebab tagline syiah, Mat Sabu tidak dipertaruhkan di prk ini.
Semasa hayat ustaz Azizan, pentadbiran beliau sering dipertikaikan oleh Phahrolrazi dan beberapa orang exco. Akhirnya, Pas pusat telah menubuhkan jawatankuasa pemandu yang memantau pentadbiran arwah. Lebih menyedihkan, beban kekalahan Pas di negeri tersebut di letakkan di bahu arwah 100%. Beliau dicerca walaupun beliau terlantar di hospital. Isteri arwah menangis kesedihan kerana sikap tidak bertanggungjawab rakan-rakan parti suaminya.
Kesetian arwah diragui oleh beberapa pemimpin parti kerana keakraban beliau dengan pemimpin umno termasuk Tun Mahathir dan Tun Daim. Mereka sebenarnya adalah rakan baik walaupun berbeza parti. Kerana keterbukaan beliau dan keakraban arwah dengan Tun, Mukrhiz selaku MB dan anak kepada Tun seringkali mengunjungi arwah di hospital.
Samada pengundi sungai limau berdendam atau secara keseluruhan orang Kedah selesa bersama dengan Mukrhiz fakta itu tidak dapat dipastikan. Ceramah kosong atau penuh tidak semestinya menggambarkan keputusan pengundian. Namun keadaan itu sudah pasti tidak disenangi oleh pakatan terutama Mahfuz selaku kapitan perang.
Serba sedikit, desakan oleh parti komponen terutama daripada pemimpin non muslim membuatkan ahli Pas berasa kurang senang. Faktor rakyat Selangor yang berbilang kaum mungkin menyebabkan mereka lebih terbuka berbanding Pas Kedah. Mungkin sebab itu, kerusi Pas semakin bertambah di Selangor tetapi Pas kehilangan banyak kerusi di Kedah.
Ramai juga ahli Pas yang kurang senang dengan keadaan ini. Orang cina semakin berani menuntut perkara yang bukan-bukan. Dikatakan lagu sekolah ini mahu ditukar kepada bahasa mandirin. Kita tunggu sahaja bahan kempen kedua-dua parti. Jangan ada yang mengeluarkan fitnah sudah la...

Selepas pencalonan calon secara rasmi Pas merancang secara tersusun siri ceramah yang dianjurkan. Semua pemimpin parti turun padang mengetuai jentera kempen.



No comments:

Post a Comment