Perwakilan umno wajib mengundi beliau

Untuk umno lebih lestari, perwakilan harus menyokong calon ini.
![]() |
| Soal jawab TV3 sebentar tadi membuktikan beliau ahli politik yang berwawasan. |
Perubahan sistem pemilihan umno sebenarnya banyak membawa kebaikan kepada parti. Itupun jika perwakilan yang dipilih menggunakan peluang sebaik-baiknya.
Mukhriz dalam soal jawab TV3
Apa yang dijelaskan oleh Mukhriz memang tepat. Pemilihan baru ini mampu mengurangkan kes sabatoj kepada parti terutama semasa pilihanraya. Ini kerana, pemilihan pemimpin bukan dibuat oleh politik wang. Ketua yang dilantik adalah pilihan akar umbi dan ia melahirkan pemimpin yang berkualiti.
Kedua ialah idea Mukhriz menarik orang muda untuk menyokong umno. Politik tidak perlukan kekerasan. Dengan menggiatkan sukan, menggerakkan NGO dan persatuan, orang muda akan lebih tertarik dengan aktiviti yang bermaanfaat dan akhirnya mereka akan menyokong umno. Ini kerana, mereka kenal siapa di sebalik tabir yang menyokong aktiviti mereka.
Begitu juga dengan idea pendekatan untuk menarik pengundi. Kita harus memahami kehendak setempat. Apa yang dilontarkan oleh menteri besar Kedah ini memang tepat. Tetapi Umno di peringkat nasional tidak mempraktikan kaedah konvensional ini. Pemuda lebih terarah kepada budaya 'gempak'.
Dari sudut membantu orang melayu, beliau konsisten dengan keputusan untuk mendahulukan orang melayu. Beliau hanya menggunakan pepatah lama yang mudah. "orang berbudi kita berbahasa. orang undi kita, kita tolong mereka"
Pandangan dari sudut ekonomi, pandangan beliau tidak menghampakan. Dimana beliau sudah mula melihat peluang dan ruang untuk meningkatkan ekonomi negeri Kedah. Secara keseluruhanya, beliau berjaya memancarkan sinar walau hanya sejam diberi peluang untuk 'melontarkan' bakat kepimpinannya.
Tok Ali dan Isa Samad
Walau pernah bergelar meter reader dan kerani TNB, Tok Ali sudah membuktikan beliau mampu mengubah Melaka dengan hanya tempoh tempoh 10 tahun. Pengalaman beliau sebenarnya amat berguna kepada pembangunan negara.
Tan Sri Isa bukanlah anak kecil dalam politik. Kemenangan beliau di Bagan Pinang menjadi inspirasi umno untuk menamatkan rentetan kemenangan pakatan rakyat. Kalau bukan dia pengerusi Felda, mungkin Felda sudah ditembusi oleh pembangkang.
Jadi antara mereka berdua, siapa yang layak mengisi satu lagi slot Naib Presiden.? Atau Shafie Afdal mampu menyelinap satu slot kerusi naib presiden ini.?
Secara kasar.
Zahid akan mendapat undi yang solid. Pemuda menyokong Mukhriz, tetapi beliau akan hilang undi di tangan orang lama. Wanita, mungkin kurang berpihak kepada beliau kerana Ali dan Isa adalah orang lama. Begitu juga puteri. Mereka hanya mengikut apa yang ketua mereka syorkan.
Ali dan Isa akan mendapat undi orang lama dan sebahagian pengundi pemuda. Anak lelaki Isa Samad, mungkin memainkan peranan untuk menarik sokongan pemuda. Najib juga bertanding sebagai exco pemuda Malaysia.
Jadi keseluruhanya, semua calon mempunyai peluang yang sama rata termasuk Hishammuddin. Tetapi secara total, Pemuda menolak beliau.
Pandangan aku, Zahid dan Mukhriz akan memenangi kerusi naib presiden. Allahualam..
/me No keahlian Isa Samad No 22. Pemimpin veteren berjiwa muda, kahwin dengan orang muda. :)

No comments:
Post a Comment