Tidak sepatutnya terjadi. Sepatutnya orang yang membuat tempahanan memberi penjelasan kepada ketua kempen semasa menuntut bayaran. Bukankah ia menganiaya penguasaha kedai makan terbabit.
Agen Mukrhiz ambik resit RM6k, tetapi bayaran sebenar RM 5,500. RM500 masuk poket.?? Insiden ini memalukan Datuk Mukrhiz Mahathir dan UMNO.
Agen Mukrhiz ambik resit RM6k, tetapi bayaran sebenar RM 5,500. RM500 masuk poket.?? Insiden ini memalukan Datuk Mukrhiz Mahathir dan UMNO.
Datuk Mukhriz wajar memberi pampasan kepada 'kak Yah" dan Abg Udin.
![]() |
| Kalau mereka makan lauk yang dirampas, halal tak.? |
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.
Pagi ni ambo berkesempatan singgah di Selera Daun Pisang untuk bertanya khabar dengan Abe Din dan Kak Yah . Mereka ialah tuanpunya perniagaan .
Abg Din beritahu perkara yang berlaku tidak sama dengan yang keluar dalam akhbar. Katanya, ” Tempahan untuk Majlis Sarapan Pagi Bersama Datuk Mukhriz Mahathir pada 06/10/2013 jam 8 pagi hingga 9 pagi untuk 200 orang. Apa yang berlaku , ahli rombongan mulai masuk makan jam 7.30 pagi lagi. Lauk-pauk yang disediakan pada hari tu cukup untuk makan bagi 600 orang. Biasanya kita buat untuk 400 orang bagi jualan hari biasa.”
Tambah Abg Din lagi, “VVIP sampai jam 8 pg lebih… masa tu ahli rombongan yang bersama Datuk Mukhriz lebih kurang 50 orang… tetapi didalam kedai ni dah penuh dan bergilir keluar masuk makan .. lepas tu ada yang siap bungkus lagi.”
“Bila saya tanya kepada in caj rombongan pasal hal tu (bungkus bawa balikk) , dia kata ..tak pe lah.. Akhirnya sebelum jam 10.30 pagi semua lauk pauk untuk 600 orang tu dah habis, Jadinya terpaksalah kami masak tambah pula untuk jualan harian.”
“Bila bayaran nak dibuat, terdapat tiga orang yang buat bayaran.. Setelah dikira semua makanan termasuk kueh (kueh pun habis) dan minuman jumlahnya RM6,000.00. Dia minta diskaun, Kak Yah beri RM500… jadi dia bayar RM5,500.00″..tambah Kak Yah.
Tambah Abg Din lagi,”Kami minta dia bayar apa yang ahli rombongan makan, bukannya kami caj lebih. Kami malu dengan tindakan mereka yang mengaibkan kami dengan cerita fitnah ini.”
Begitulah cerita dari Abg Din dan Kak Yah mengenai hal ini.
Ambo nampok hal ni menjurus kepada nak jatuhkan imej Negeri Kelantan amnya dan nak jatuhkan maruah Abg Din dan Kak Yah khususnya.
![]() |
| Nak berkempen kena la berani keluar belanja |



No comments:
Post a Comment