Kerana pangkat, Husam sanggup melondehkan keburukan pentadbiran Tok Guru. Orang akan bertepuk kerana keberanian Husam, tetapi sedarkah bahawa dibawah pentadbiran Tok Guru, Kelantan sebenarnya di bawah cengkaman Husam. Beliau merupakan exco kanan dan anak emas Tok Guru.
Mengapa Sultan Kelantan menolak Husam sebagai anggota Exco.? Apa yang dikatakan oleh Husam, itulah apa yang beliau lakukan. Memetik kata-kata Dr. Agus, seburuk-buruk BN, mereka memberitahu sebarang kenaikan tarif.
Tuding orang satu jari, 4 jari tuding diri sendiri. Ada hati nak manage putrajaya, naik taraf loji rawatan air pun gagal.
Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?
Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di DUN tadi. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.
Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik—perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.
Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan. Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan? Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan letrik diumumkan kepada rakyat.
Kembali kepada tindakan Adun Salor tadi, persoalan yang perlu kita jawab bukanlah soal beliau mengkritik kepimpinan partinya, tetapi apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.
Pada saya, tindakan Adun Ssalor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan. Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’.
Di pihak kerajaan negeri pula, terimalah pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang. Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri. Ingat, dari segi hierarki parti, Adun Salor adalah naib presiden PAS. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya.
Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya!
Tulisan: Prof. Mohammad Agus Yusoff
KOTA BAHARU, 8 Okt (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Datuk Husam Musa (PAS-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.
Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.
"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.
Husam juga berkata syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.
Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.
Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.
Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.
"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.
"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.
Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.
Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment