Tuesday, October 8, 2013

Dendam Husam menghantui Ahmad Yakub

Semua orang tahu, Husam tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menjadi exco kerajaan. Beliau mengarahkan penyokongnya berkumpul untuk menarik perhatian rakyat, terutama pemimpan Pas. Selepas tiada tanda-tanda simpati diberikan oleh pemimpin tertinggi parti, beliau sengaja menjengkelkan Ahmad Yakub dengan mendedahkan kepincangan kerajaan negeri.

Beliau hanya mengangkat sumpah pada sidang dun khas awal September lepas. Alasan yang diberikan ialah aturcara rasmi diluar negara dan mengerjakan umrah. Aku tak tahu apa jawatan beliau sehingga pentingnya aturcara rasmi di luar negara.

Kenapa nama Husam aku bangkitkan. Selepas nama beliau 'tercicir' dalam senarai exco, secara sinis beliau mengingatkan agar pemberian tender harus dibuat secara terbuka. Persoalan yang sering aku bangkitkan ialah, bukankah kerajaan negeri sebelum ini ditadbir oleh beliau dan Nik Aziz. Jika ada penyelewangan, siapa yang melakukan.?

Semalam dan hari ini Mso ada menulis isu kelulusan hutan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 3,500 ekar kepada syarikat yang kurang bertauliah (syarikat 2 ringgit). Hari ini pada sidang dun, Husam membangkitkan isu accauntablity terhadap kerajaan Kelantan sekarang.



"Saya yakin, jika kita memperkuatkan PAC dengan wajah baru dan dengan niat mendapat sebuah pasukan yang boleh memeriksa perjalanan kerajaan, kita boleh meminimakan ketirisan, pembaziran, penyelewengan, kelengahan, kecuaian dan niat serong dan amalan negatif  yang lain. Hasil negeri Insya Allah akan meningkat dan idea-idea baru tentang pengurusan hasil mahsul dan khazanah Negeri Kelantan akan terjelma dan negeri kita bukan sahaja benar-benar makmur bahkan lebih diredhai oleh Allah dan memudahkan hisab kita Insya Allah di Padang Mahsyar nanti." tegasnya.
Diurakan, syarikat yang diangugerahkan mempunyai hubungan kroni pemimpin tertinggi Kelantan. Lebih memeranjatkan,permohonan tersebut hanya di atas dua keping kertas sahaja dan ia diluluskan kepada seorang pemohon.

Mengapa Husam marah sangat kepada Menteri Besar atau lebih tepat Timbalan Menteri Besar, Nik Mohd Amar.?

Kerajaan negeri telah membatalkan kelulusan kawasan lobong biji besi di Sungai Tuang yang dipohon PMBK sebanyak 3,000 ekar. Dikatakan permohonan tersebut adalah bagi mendapatkan dana untuk pembinaan ladang rakyat. Kalau Husam boleh pusing dana tersebut, masakan tidak ada sesen pun wang rakyat akan tergelincir dalam poketnya.

Kedua, apa yang aku pointkan ialah mengapa kerajaan Kelantan melantik kontraktor baru bagi projek lebuhraya rakyat.? Adakah Ahmad Yakub tahu, kontrator sebelum ini proksi dana politik Husam.?

Menurut Husam, Icobound Sdn Bhd konsultan yang diberikan tanggungjawab membina lebuh raya itu juga katanya diragui akan keupayaannya serta intergriti pemiliknya. Kontraktor yang dikatakan akan ditawar membina lebuh raya itu belum ada track rekod, katanya sebatang jalan penggawa pun tidak pernah dibina.

Hebatkan bukan permaian politik Pas. Sebelum ini, mereka pandai menyimpan najis dalam jubah baju (ala, kang aku dituduh mengata bekas MB plak ). Mereka menuduh umno merompak wang rakyat. Walhal, tidak ada bezanya umno dan Pas. Kalau Pas pun tiris apatah lagi Pkr dan Dap. ( siapa yang rasuah orang melayu, kalau bukan cina dap).

Pembaca Mso terutama orang Pas pasti akan terlepas pandang satu perenggan ini. Bukankah ini membuktikan penyelewang kerajaan terdahulu.?

Peristiwa malang yang pernah menimpa kerajaan Pas terdahulu kerana isu penggadaian tanah seluas 350,000 ekar hendaknya dijadikan iktibar dan sentiasa diingat. Sejarah itu akan berulang kembali kalau tidak dibendungnya. Angka 35 itu sangat signifiken sekali.


Sedikit demi sedikit, ketirisan Pas akan terburai

No comments:

Post a Comment