Ada lak cikgu suruh kirimkan sms. Nape bukan kirim emel.? kan dah kena. Lu langsi lu mati.
Apa hukumnya dry cleaning.?
” Syahril, kebanyakan kedai cucian kering atau dry cleaning di negara ini masih menggunakan bahan yang dipanggil solvent perchloroethylene (Perc).
” Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya setelah Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.
” Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan dalam Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak
” Tanpa air mutlak setiap pakaian yang dicuci tidak akan suci sekalipun bersih pada pandangan mata kasar,” tegasnya syaril
Petang tadi ada sembang dengan ustat. Aku belum membaca persoalan ini lagi. Jadi aku tak mengajukan soalan ini kepada beliau. Lagipun dia nak cepat. Kena mengajar (ceramah) kat Cheras.
Sebaiknya, jika ada persoalan tentang agama, jangan hanya membaca dalam internet. Berjumpalah dengan ustaz untuk pencerahan.
Persoalan di atas ialah, sucikah pakaian kita kerana kaedah cucian ini tidak menggunakan air.
Kesimpulan. Pakaian boleh dipakai dan boleh dipakai untuk bersolat. Tetapi menjadi topik perbahasan apabila ia dipakai untuk solat apabila pakaian tersebut terkena najis. Ia tidak suci kerana kaedah menyucikan perlu menggunakan air mutlak.
Hujah ini disangkal apabila ada dalil yang menyatakan,tidak mengapa jika seseorang itu hendak menghilangkan najis atau kotoran selain daripada air. Namun, hendaklah dipastikan bahawa bahan tersebut bukanlah najis dan yakin bahawa bahan tersebut boleh menanggalkan najis.
Selain itu, tidak ada dalil yang menghadkan basuhan atau bersuci dengan menggunakan air semata-mata kecuali ibadat yang sudah dikhususkan berdasarkan dalil seperti wuduk dan mandi wajib.
Namun, selain itu tidak dihadkan hanya dengan air seperti membasuh qubul dan dubur dengan menggunakan batu, atau menyapu kotoran yang ada pada kasut dan sebagainya. Demikian juga tiada dalil yang melarang daripada menggunakan selain air untuk bersuci.
Sesiapa yang mendakwa bahawa menghilangkan najis yang zahir itu adalah daripada perkara ibadat, maka dakwaan itu tidak berdasarkan dalil. Ini kerana, menyamakan konsep hilangkan najis dengan konsep mengangkat hadas adalah kias yang tertolak.
Konsep mengangkat hadas memerlukan syarat-syarat yang tertentu seperti niat pada awalnya. Namun tidak pada konsep bersuci daripada najis yang bersifat zahir. Ia tidak memerlukan beberapa syarat. Jika sudah hilang najis, maka ia dianggap suci dan bersih.[4]
Oleh itu, pakaian atau kain-kain yang seumpama dengannya boleh dibersihkan oleh bahan-bahan pembersih seperti ‘dry clean’ atau seumpama dengannya. sumber

No comments:
Post a Comment