Wednesday, October 23, 2013

Gambar kejadian empangan cameron highland.

Kawasan bencana.
;
Air empangan dilepaskan 20 minit setelah TNB membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi. Air dilepaskan kerana paras air empangan sudah mencecah paras yang mampu memecahkan empangan tersebut. Empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar dimiliki oleh TNB.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat.

Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun. Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.

Setakat ini, disahkan, 3 orang maut dan 3 orang hilang.

Akibat daripada kejadian ini, seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung. Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk 80 buah rumah rosak akibat banjir kilat.




No comments:

Post a Comment