Tulisan ini mungkin dikarang oleh mereka yang mahukan perhatian. Tetapi aku rasa tidak. Budak sekarang memang terdedah dengan semua perkara. Orang dulu membaca dunia hiburan dengan membaca urtv, jelita atau mangga. Sekarang jualan majalah tersebut tidak begitu memberangsangkan. Sekarang ini volume jualan Ana muslim lebih tinggi daripada majalah hiburan.
Lihat bagaimana keadaan sekeliling mempengaruhi minda anak-anak kita. Yang pasti teknologi maklumat telah berjaya membentuk minda anak-anak kita.
Yang ini bukan budak. Tapi perangai macam budak. Adeh... Aku tak tahu apa mimpi sampai dia rasa boleh dapat 21 billion. Tak tau la polis nak siasat atau polis nak masukan pengadu dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment