Sunday, October 27, 2013

[Hudud] Pakatan Rakyat juga menolak hudud

Alhamdulilah, negara jiran kita Brunei sudah melaksanakan hudud sebagai undang-undang negara. Hudud tidak terpakai kepada bukan Islam. Mungkin pemimpin Islam di Malaysia melihat perkara ini dengan lebih tuntas.
Di Malaysia, aku anggap hudud hanya dijadikan bahan politik. Tidak ada keperluan untuk aku menulis lebih lanjut. Aku dah banyak tulis isu ini. Hanya pengikut Pas sahaja yang terpedaya dengan pemimpin mereka. Pemimpin Kelantan boleh bersuara, kerana non muslim disana hanya sekita 5%.

Semasa Nizar menjadi MB Perak, beliau sendiri tidak mahu hudud dibangkitkan. Beliau sedar, populasi non muslim di Perak juga amat besar. Bagi aku mudah. Jika pakatan rakyat sendiri tidak mahu melaksankan hudud, mengapa Pas sering mendesak umno melaksanakan hudud.?

Umno dan Pas ialah parti politik. Mereka memerlukan undi untuk berkuasa. Umno tak nak buat, sebab takut hilang kuasa. Begitu juga dengan Pas yang tidak pernah mendesak rakan partinya untuk melaksanakan hudud. Begitulah kerdilnya Pas dalam pakatan.

Pakatan rakyat tidak pernah bersetuju untuk melaksanakan hudud. Ini fakta benar. Pas mendakwa, mereka berdasarkan Al-Quran, tetapi Pas dalam pakatan rakyat buku jingga diangkat sebagai kitab. Oleh sebab itu, kita tidak pernah mendengar bahawa pakatan rakyat mahu melasanakan hudud. Minta maaf. Dalam buku jinga, tidak ada perkataan hudud.

** Carikan aku deklarasi pakatan rakyat yang menyatakan mereka bersetuju untuk melaksanakan hudud.
Najib tidak kata pun hudud tidak menepati realiti. Penulis ini yang tulis camtu. Najib kata dalam konteks politik di Malaysia secara realitinya. Bila menyebut tentang realiti, kita jangan jadikan kelantan sebagai contoh. Ini kerana populasi Kelantan itu sendiri tidak mencerminkan masyarakat majmuk. Demografi populasi ini akan kekal dalam tempoh yang lama kerana undang-undang negeri Kelantan tidak membenarkan orang luar membeli tanah Kelantan. Bahasa mudah, Kelantan untuk orang Kelantan, negeri lain pun untuk orang Kelantan.

Selangor diperintah oleh pakatan rakyat. Kenapa Selangor bukan seperti negeri yang berlandaskan Islam.? Jangan kata kerajaan Selangor menutup kilang arak atau premis perjudian dan rumah urut. Cukuplah dengan tindakan kerajaan negeri untuk membekukan lesen tersebut dan bukan mencambahkan bilangan.

Sekali imbas, umno menolak Islam atau tidak membangunkan Islam. Ini kerana Pas mendominasi dalam aktiviti agama. Sebenarnya umno melakukan pembangunan Islam melalui kerajaan. Sebagai contoh pembangunan pendidikan Islam. Kerajaan taja pelajar, membuka sekolah agama atau apa jua berkaitan dengan pendidikan termasuk membuka univeriti Islam.

Tapi dimana produk-produk keluaran umno.? Mereka semua menyokong Pas. Pas mendapat kredit walhal mereka hanya bermodalkan air liur. Tapi kerajaan yang ditunjangi oleh umno tidak kisah semua itu. Yang penting Islam terus subur.

Apa yang aku highlightskan, selepas pakatan rakyat semakin kuat, Islam semakin tertekan dan non muslim semakin berkembang dari pelbagai sudut termasuk kebebasan. Sebagai contoh. Dulu kita jarang tengok church. Sekarang gereja boleh dilihat di mana-mana. Sudah seperti surau. Di mana ada penduduk, disitu akan ada gereja. Kebebasan beragama di salah taksir atau sengaja mengambil kesempatan.
Mereka ada dana untuk semua perkara termasuk menyesatkan umat. Kerajaan harus membantu jabatan agama untuk terus bergerak. Malangnya sekarang ini, aktiviti agama dan peruntukan daripada kerajaan dipertikaikan oleh non muslim atau non bumi.
Ngo seperti comango mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam. Mereka menuntut perkara yang tidak sepatutnya.

Jika aku kata, ngo ini ialah ngo yang menganjurkan bersih atau ngo yang mendesak kerajaan dalam pelbagai isu, penyokong pakatan rakyat tidak bersetuju. Walhal, ia adalah realitinya.

Untuk setakat ini, hanya pemuda Pas membidas tuntutan ngo ini sedangkan apa yang dituntut adalah perkara besar mengenai masa depan umat Islam.

Pas berdiam diri atau tidak memberikan pendirian kerana gabungan ngo ini dinaungi oleh pakatan rakyat. Mereka mengambil jalan selamat.

Bagi Pas biarlah umno menyelesaikan tuntutan ini atau umno akan terbelit dengan isu ini. Dan akhirnya, bila non muslim berjaya dengan agendanya, umno akan tumbang. Inilah yang Pas mahukan.

Sekarang ini umat Islam semakin lemah kerana Pas bertindak seperti perisai bagi non muslim. Mereka membiarkan non muslim menyerang kerajaan dan mempertahankan mereka jika umno menyerang. Prinsip mereka mudah. Mereka mahu umno kalah dengan apa cara sekalipun termasuk jika Islam menjadi taruhan.

No comments:

Post a Comment