Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."
Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?
"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.
Adakah cerita ini hanya rekaan..? Umat Islam terutama pemegang amanah orang Islam harus lebih proaktif dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kita sering menyalahkan orang kristian, tanpa kita mempelajari cara mereka merosakan akidah kita.
Zakat tidak diagihkan kepada yang sepatutnya. Duit zakat dijadikan modal perniagaan oleh pemegang zakat. Duit zakat untuk membeli hadiah kecemerlangan . Duit zakat di simpan seperti duit sendiri. Orang susah tidak dibantu. Hanya kerana satu surat tawaran belajar, maka lulus permohonan bantuan belajar tanpa melalui tapisan. Yang lebih bobrok, duit zakat digunakan untuk membantu orang kahwin. Wei... kalau nak kahwin, kena la ukur baju sendiri. Dah takde duit, jangan la majlis kahwin macam artis.
Orang nak kahwin, takde duit,. Mohon doa kepada Allah untuk dimurahkan rezeki. Kalau kita berusaha, nescaya kita Allah akan berikan kita rezeki. Ini nak kahwin, nak beli kereta. Tukar sport rim mahal. Tayar saiz 17. Dating hari2 kesana kesini tak ingat nak kahwin. Duti takde, tapi tak tau berjimat. Cuba la masak kat rumah. Bagi aku, hanya orang yang malas, Allah tidak murahkan rezeki. Ko ingat orang kaya tu, duduk kat rumah tengok tv je ke..?
Kalau setiap tahun duit zakat diagihkan sampai habis, bilangan orang miskin akan berkurangan. Jangan gunakan duit zakat untuk kegunaan lain. Gunakan untuk orang susah. Pasti orang Islam akan lebih maju dari agama lain. Kebanyakan orang yang mintak duit kat gereja adalah orang yang benar-benar susah. Kalau seribu orang, mungkin seorang sahaja tidak kisah dengan akidah mereka.
Dalam hal ini siapa harus dipersalahkan.? Birokrasi satu hal. Mahon bantuan seperti meminang puteri gunung ledang. Kalau dapat takpe. Kalau tak dapat, mau tak bapa itu mencuri untuk beli susu anak.? Kena tangkap curi duit masjid RM2, penjara 2 tahun. Siapa nak keluarga mereka.? gereja.? Inikah cara orang Islam.?
Perlu ke aku tulis, kita lebih berbangga kerana setiap jumaat tabung derma masjid mencecah 10K. Mana lebih baik bayar ceramah mahal atau membantu orang Islam dalam kesusahan.?
Kenapa harus bab zakat sahaja untuk membantu orang miskin. Bukankah sesetengah masjid kutipannya melebihi keperluan operasi. Mana lebih penting. Bayar tok guru ajar agama atau membayar ustaz beribu ringgit hanya untuk satu ceramah atau menyelamatkan akidah umat Muhammad.??
Tok guru atau orang agama sering suruh kita berzakat. Keluarkan harta ke jalan agama. Kepada mereka yang suka buat macam ini, ialah pengedaran tin milo di ceramah politik. Kekadang ada tok guru yang... yang cerdik memanipulasi agama. Dia suruh orang banyakkan sedekah, tetapi pada masa yang sama, kereta boleh tahan, harta semakin naik.
Dalam kuliah agama, diceritakan hadis atau sejarah Nabi. Pengorbanan isteri Nabi. Dari kaya,sehingga miskin kerana berjuang ke jalan Allah. Tetapi realitinya, beliau sendiri kaya dengan bini. Harta ada untuk para isteri (dia kata wajib sara isteri. Beli rumah seorang satu, kereta seorang satu. Kalau tak beli, suami dayus). Jika ini dijadikan teladan, sama ke dengan cerita isteri Nabi.?
Gereja banyak dana.
Meh habaq kat aku. Sape kata orang Islam takde duit.? Kalau kutipan semua zakat berbillion, bukahkah itu tandanya orang Islam berduit.? Zakat hanya 0.025 daripada pendapatan kita. Orang Islam wajib berubah sikap. Ngo Islam ada. Bentangkan kertas kerja kepada pejabat agama untuk mohon bantuan orang ramai. Lepas itu, cari orang susah. Bantu mereka dari segi teknikal dan pengetahuan untuk meningkatkan taraf hidup. Memang la bertahun kita bantu. Tetapi jika anak orang susah itu berjaya, bukankah mereka akan lebih beriman kepada Allah dan seterusnya akan menjadi nadi pembangunan Islam.
Kalau kita bentangkan penyata kewangan kepada orang ramai melalui media. Aku pasti rakyat Malaysia akan membantu dan menderma kepada persatuan Islam itu untuk terus bergerak. Ini kutip derma seleweng. Macam mana kita nak bantu. Kita nak jadi sukarelawan. Tetapi tak tahu dimana harus kita pusat itu.
Orang kata kita baca Al-Quran rezeki kita bertambah. Kalau niat kita baca Quran nak senang atau kaya, anda silap la. Allah bagi rezeki orang yang membaca Al-Quran kerana keimananya, kerana ketakwaannya. Dengan iman yang tinggi, maka diri kita, hati kita bersih dari duniawi semata-mata. Bila kita beriman, maka kita tidak lokek dengan sendirinya. Tanpa disedari, kita rajin mengeluarkan zakat dan derma. Nah, disinilah punca Allah bagi rahmat dan rezeki. Jika kita banyakan sedekah, Insyallah, rezeki kita akan bertambah dan bukan berkurang.
Bila sebut sedekah, aku paling suka dengan konsep waqaf. Ia sesuatu yang amat baik untuk umat Islam. Sehingga, ia boleh di implentasikan kepada syarikat glc. Syarikat tidak akan dimonopili atau dimiliki individu, sebaliknya ia dimiliki oleh umat Islam turun temurun. Yang baiknya, syarikat atau waqaf ini akan lebih untung dan terus untung kerana ia dipantau amat ketat. Siapa pantau.? Orang Islam yang membuat kebajikan kepada konsep waqaf.
Apa yang orang sekarang suka buat..? share dan like page kekejaman Syria, Mesir dan Israel. Alih2 like kita dijual untuk dapatkan keuntungan. adehh.... rosakk...

No comments:
Post a Comment