Friday, October 11, 2013

Terbaekk daripada bakal PM

Lawak pagi yang dibuat oleh Dinturtle

"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu." demikian tegas Presiden Pas Haji Hadi.

"Penjenayah ada kecil besar,"  

"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya,"- Mkini.


Nak gelak ke tak ni ? Kalau setakat pemimpin biasa memang dah kena gelak besar nih .... tapi bila mengambilkira yang kenyataan ini keluar dari seorang pemimpin Pas yang pernah satu ketika diwar-warkan sebagai bakal PM ...... adeeeeh.

Agaknya Hadi ni terbawa-bawa konsep Samarata Samarasa yang diperjuangkan bersama Dap dalam komen diatas. Yalah, persediaan dan kelengkapan pihak Polis kena SAMARATA dan SEPADAN dengan penjenayah. Polis tidak boleh ada kelebihan, malahan lagi baik kalau penjenayah yang punya kelebihan ! 

Habis tuh, kalau penjenayah pakai parang, kenapa polis disarankan bersilat jer ? Kenapa tak sarankan supaya polis pun pakai parang sama ? Agaknya Hadi lebih suka melihat Polis jadi underdog ( senyum jer Tony Pua kalau baca dog, dog ni )

Bandingkan dengan pandangan dari Tun Mahathir dalam isu yang sama -

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya "tembak dahulu" kerana bekas perdana menteri itu berpendapat beliau lebih suka membiarkan penjenayah menghadapi risiko ditembak daripada melihat polis dalam bahaya.

"Apabila seseorang mengacukan pistol untuk menembak awak, awak tembaklah dahulu," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, prosedur yang betul mesti dipatuhi sebelum menggunakan senjata api.

Memanglah kedua2nya berkata yang tindakan menembak perlu kena pada tempatnya tapi .... anda bacalah balik apa kata Hadi diatas...... tindakan biarsepadan dengan penjenayah itu !

Kenapa tak sarankan Polis beri salam dulu dan tanya penjenayah itu senjata apa yang dia ada sebelum Polis ambil apa-apa tindakan !

No comments:

Post a Comment