Melihat tempat persidangan wanita bahagian kubang kerian, kiranya tempat aku bersidang masih di paras yang selesa. Mungkin sebelum ini, aku dah terbiasa bersidang di hotel yang agak besar. Aku menjadi manja.

Siapa pilihan PEMUDA
Peluang masih terbuka kepada semua calon. Dari reaksi perwakilan, rata-rata masih mahu mengekalkan Khairy sebagai Ketua Pemuda. Dari segi keterampilan, Kj adalah wajah Pemuda. Namun dari sudut perjuangan umno, beliau bukan orang yang sepatutnya.
Akhramsyah Sanusi

Tidak perlu diperkenalkan. Menantu mantan perdana menteri dan dikenali sebagai budak tingkat 4 Seorang opportunis dalam semua hal. Petah berhujah di parlimen atau di sarang musuh. Orangnya kaya, hasil daripada ketirisan projek kerajaan. Walau berketerampilan, segak berbaju melayu, oxford berjaya meliberalkan beliau.

Pada pemilihan umno, beliau menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Adakah jawatan ketua pemuda seperti ketua pengakap sekolah.? Aku tidak memperlekehkan beliau, tetapi semua calon ketua pemuda adalah bidan terjun.
Belum menjadi ketua, sudah ada niat membawa masalah kepada parti. Wajar perwakilan Pemuda menolak calon seperti ini.
Aku tidak mempunyai calon Ketua Pemuda.



No comments:
Post a Comment