Ini emel yang dikatakan dihantar di beberapa sekolah di Kedah. Gaji guru habis dikebas. Lebih malang, ada guru dihubungi pihak bank bertanyakan bayaran pinjaman peribadi.
Emel seperti ini biasa. Cuma apa yang aku musykil, kenapa bank boleh meluluskan pinjaman peribadi. Nampak sangat ia didalangi oleh orang dalam.
Moral cerita, jangan sesekali percaya dengan emel yang mahu kita update profile, terutama melibatkan urusan perbankan.
Sebenarnya, data peribadi kita sering dijual kepada pihak ketiga. Sebab itu, kekadang ada agen yang tidak dikenali boleh mengetahui latar belakang kita. Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan.?

No comments:
Post a Comment