Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman audio sepanjang 20 minit bagi ucapan yang disampaikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka.
Berdasarkan rakaman tersebut, Ahmad Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya untuk menahan golongan itu.
“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.
Berbeza dengan sikapnya pada kumpulan jenayah lain, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berlembut apabila bercakap mengenai kumpulan Tiga Line, yang disifatkannya sebagai rakan-rakannya dan menyarakankan agar pihak tersebut “menjalankan apa yang patut”.
Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain.
Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara”.
“Tapi yang Melayu 6,171 ini, bukan samseng betul. Mereka dulu anggota Pekida, mereka merupakan kumpulan Tiga Line, Geng 30, Geng 7, ini gengster kenduri kendara...
“Saya beritahu kawan-kawan Tiga Line itu, jalankan apa yang patut,” katanya yang disambut sorakan dari para hadirin.
No comments:
Post a Comment