Itu kewajipan pemuda umno kerana ngo diberikan peruntukan oleh kerajaan. Aku tak nampak masalah umno nak claim apa yang dia buat. Sebab memang kerajaan umno yang bagi peruntukan. Bukankah Ampang di negeri Selangor. Kenapa kerajaan negeri tak beri peruntukan untuk mangsa banjir. Takan untuk membantu rakyat pun nak suruh public tolong.? Duit banyak dalam bank wat pe.?? sekadar untuk berbangga.?
Klinik 1Malaysia adalah inisiatif yang baik dari kerajaan. Bagi aku, mereka yang memperlekehkan klinik ini adalah golongan yang berkemampuan dan tidak tahu bersyukur. Banyak negara membangun tidak mampu untuk menyediakan pusat kesihatan seperti negara kita.
Dengan bayaran seringgit kita mahu perkhidmatan kelas pertama. Memang la klinik tersebut tidak mampu merawat penyakit yang agak serius atau berbahaya. Sebab itu seseorang pesakit akan dirujuk kepada hospital mengikut tahap keseriusan pesakit. Kalau nak mc, pergi la pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan.
Nurul Suhada Saperan
betul...kakak saya kena ambil darah hari rabu lps, kt klinik 1malaysia di impian ehsan... service xbrapa, jarum utk amik darah pun xthu simpn kt mne sibuk mencari kuis2 sana sini...yg entertain nya hanya pegawai perubatan... sblm tu ad sorg pesakit india, da demam dua hari.. nk dtg check, ad ke pegawai tu suruh refer hospital terus dgn alasan xde doktar selepas pkl 10 mlm... kesian aunty tu, dia dtg klink tu sbb dekat dgn rumah dn mudah sikit utk dpt rawatan.. kalo mcm tu baik x yah buka klinik...
Klinik 1Malaysia tutup pada pukul 10 malam. Klinik swasta pun banyak dah tutup. Sekarang kalau pergi klinik, tak cukup RM30. Fikirkan berapa bayaran untuk klinik 24 jam. Isu jarum simpan kat mana. Sebaiknya tanya la pekerja kerajaan. Kalau kita kutuk kualiti pekerja kerajaan, mereka marah. Tapi inilah, mereka pekerja kerajaan dan mereka juga pembangkang. Yang dipersalahkan ialah kerajaan umno.
Apakah jaminan pakatan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.? Kalau MP Ampang mengakui bahawa mereka mencari dana public untuk mangsa banjir, sudah pasti program membantu rakyat seperti klinik 1Malaysia adalah satu pembaziran.

Kalau YB mengakui bahawa negara mempunyai ramai pegawai perubatan yang bertauliah, ini membuktikan bahawa kerajaan serius dalam melahirkan modal insan dan berkemahiran. Isu nisbah antara doktor dan penduduk tinggi adalah disebabkan doktor lebih suka membuka klinik persendirian. Kalau fakta ini YB sudah mengakui, apa kerajaan nak buat.? Sekarang ini pun kerajaan sudah menawarkan banyak insentif kepada para doktor dan orang yang mempunyai kepakaran untuk berkhidmat dalam sektor awam.
Pembangkang begitu berbangga kerana kerajaan Selangor mempunyai duit simpanan yang banyak. Selama ini mereka hanya simpan duit dan kurang berbelanja untuk membantu rakyat. Sebelum ini, kerajaan melalui JKKP banyak membantu rakyat Selangor. Jadi rakyat Selangor tidak terasa kezaliman kerajaan negeri.
Apa yang digembar gemburkan dalam media, itu sahaja kerajaan negeri buat. Hadiah RM 1K kepada anak Selangor yang mendapat tawaran belajar. Itupun terhad kepada keluarga yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah. Berapa la sangat penduduk Selangor yang berpendapatan RM 1,500. Kalau menaja belajar takpe la gak. Kan Selangor negeri paling kaya.
Kesimpulanya, rakyat Selangor, Penang dan Kelantan adalah orang yang bijak. Yang kurang cerdik ialah pemimpin BN.

No comments:
Post a Comment