Walaupun aku sedikit kecewa, tapi keputusan ini adalah kehendak ahli parti. Jadi kepada pemimpin dan penyokong calon yang kalah, teruskan usaha memantapkan parti. Tiada jawatan tapi kuasa di tangan. Ayuh.. !! Mukhriz... buktikan kepada ahli umno bahawa engkaulah yang terbaik.
Dari senarai MT, Tun Faisal gagal mendapatkan tempat dalam MT. Daripada 4 orang dari exco pemuda, dia seorang sahaja gagal menempatkan diri sedangkan beliau begitu glamer dalam alam maya. Why..?
Razali Ibrahim, Rezal Merican ahli politik tulen. Suhaimi Shadan pula seorang politikus. Jadi tidak hairan mengapa beliau berjaya memenangi jawatan. Diharap Tun Faisal tidak merajuk untuk berbakti kepada parti. Jika beliau pandai mengambil peluang, Insyallah, untuk next pemilihan beliau akan mendapatkan tempat.
Ada beberapa nama yang sepatutnya di isi oleh Tun Faisal atau orang lain. Apapun kita kena menerima hakikat. Inilah wakil yang dipilih oleh ahli akar umbi dan bukan wakil sekerat ahli umno seperti pemilihan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment