Melihat undi yang diterima oleh Mukhriz, alamak.... rupanya tanggapan aku tentang undi popular selama ini tak betul. Aku bersandarkan kepada kemenangan undi Obama tempohari. Obama mendapat undi lebih banyak dari Rommy, memang wajar Obama menang.
Rupanya umno menggunakan sistem setiap seorang daripada tiga calon yang memperolehi bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian dikira meraih satu undi daripada bahagian berkenaan.
Maksudnya, kemenangan calon bukan ditentukan oleh jumlah undi keseluruhan perwakilan tetapi berdasarkan jumlah undi bahagian. Pendek kata, konsep ini sama dengan sistem yang digunakan oleh spr dalam pru untuk menentukan parti mana untuk memerintah.
Jika tidak kemenangan calon tidak ditentukan mengikut bilangan jumlah undi perwakilan. Adakah ia melambangkan suara akar umbi sebenar.?
Undi popular yang digunakan pembangkang adalah mengikut jumlah undi yang diterima oleh pengundi. Adakah ini yang dinamakan electoral college yang sebenar.?
Kesimpulanya, ia adalah rule dalam permaian. Rule ini dipersetujui oleh semua pemain sebelum perlawanan bermula. Siapa yang banyak mendapat sokongan daripada bahagian, beliau akan menang. Begitu juga dengan keputusan pru. Siapa yang mendapat kerusi terbanyak, parti itu akan menjadi kerajaan.
banner jamuan makan malam |
No comments:
Post a Comment