Kejayaan Hishammudin dan kekalahan Mukhriz dalam pemilihan umno mengundang tidak puas hati kepada semua semua blogger dan pembaca blog. Aku tidak nampak kenapa umno dipersalahkan.
Umno sudah memberikan ruang kepada ahli akar umbi untuk memilih pemimpin mereka. Kita kena menerima keputusan yang sudah dibuat. Inilah pertandingan.
Agak menarik, pemilihan yang paling sukar dalam sejarah pemilihan, status quo mampu dikekalkan. Jika bukan umur menghalang Rosnah, maka lengkapkan senarai tersebut.
Aku tidak terkejut Hishammudin berjaya mengekalkan jawatan. Sebelum ini aku ada menyuarakan Mukhriz tidak akan menang mudah. Perkiraaan aku, Hishammudin mampu mengekalkan jawatan. Beliau menebalkan muka berjumpa dengan perwakilan wanita. Beliau tahu, undi wanita mampu mempengaruhi keputusan. Aku berpendapat, kejayaan Hishamuddin disokong oleh undi wanita, all out dari Johor, Pahang dan Selangor.
Sebelum ini, Noh Omar selaku ketua perhubungan Selangor telah memberi kenyataan terbuka untuk menyokong Hishammudin. Begitu juga dengan dengan Sharizat yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada MP Sembrong ini.
Mukhriz amat popular di alam maya, tetapi tidak di dalam umno. Dalam umno, beliau pemimpin baru dan sesetengah orang lama umno berpendapat, beliau belum diuji sepenuhnya.
Mengapa undi Shafie tidak tergugat.?
Aku bukan perwakilan, jadi aku tidak mahu komen apa-apa. Walaupun aku bukan politician, tapi aku sedar realiti apa itu politik. Jangan nanti bila Tun Faisal tidak berjaya, maka umno dicemuh. :)
No comments:
Post a Comment