Bila aku baca memang patut pun Lks memaut pendapat seorang prof utm. Oleh kerana ia pandangan peribadi, biarkan la. Aku tertanya, kenapa prof ini menghentam ustaz dan ustazah.?
Salahkah ilmuan agama memperingatkan tentang Hari Valentien day.? Setiap penolakan memerlukan hujah. Aku tak pernah dengar ustaz atau ustazah mengecam orang kristian menyambut valentine day.
Ustaz atau ustazah cemburu dengan kesenangan orang bukan Islam.? iye ke..? bukankah mereka menyarankan agar orang Islam meniru kejayaan mereka.?
Berperang adalah ayat tidak sesuai dalam konteks memberikan kuliah dan penjelasan tentang agama. Berdakwah adalah perkataan yang sesuai. Adakah kerana orang Islam mempertahankan kalimah Allah maka ia diumpamakan 'berperang' dengan non muslim.?
Kerana ia berstatus prof, tentulah beliau yang cerdik. Tapi pandangan aku, tidak semua orang mampu menguasai semua bidang. Tidak keterlaluan, pandangan blogger atau 'suri rumah' mampu memberi kupasan yang lebih baik dari pandangan yang disuarakan.
No comments:
Post a Comment