Tuesday, October 29, 2013

Rasionalisasi subsudi perlu disusuli Rasionalisasi gaji

Penulisan aku tidak sebaik blogger lain. Aku bukan blogger sejati. Aku menulis kerana aku seringkali tidak sependapat dengan rakan sekeliling walaupun akhirnya apa yang aku katakan berasas.

Ramai orang menyuarakan tidak puas hati dengan penghapusan subsidi gula. Aku tidak tahu mengapa rakyat merungut. Aku sendiri lupa bila kali terakhir membeli gula. Dalam congakan aku, sebuah keluarga 6 orang mereka hanya menggunakan 2 kilogram atau bersamaan dengan RM6. Jika sesebuah keluarga lebih menggunakan dari amaun ini, sebaiknya fikirkan kesihatan hari mendatang.
Gula banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman. Kalau dulu kuih sepotong 40 sen, mungkin ada kenaikan 10 sen. Begitu juga dengan minuman dalam tin. Kandungan gula dalam minuman ini sangat tinggi. Jadi jangan selalu amalkan minum minuman berkarbonat.

Penghapusan subsidi gula hanya menaikan harga makanan dan minuman siap. Berbanding dengan minyak naik, semua barangan naik termasuklah harga makanan.

Sudah 16 tahun kerajaan membentangkan bajet defisit. Sebagai rakyat kita harus maklum ia bukan satu keadaan yang baik. Kerajaan harus meningkatkan pendapatan melalui pelarasan cukai dan subsidi. Banyak lagi subsidi yang memberi kesan minimum kepada rakyat boleh dikurangkan termasuklah gas memasak.

Dalam dunia, harga semakin meningkat. Bila terdapat peningkatan harga pasaran dan global, peruntukkan subsidi juga meningkat. Ini realiti yang harus kita terima.

Kesimpulannya, kenaikan harga gula hanya memberi kesan yang minimum kepada rakyat. Kebanyakan kita memberi pandangan berdasarkan kepada perasaan tidak puas hati. Mungkin rungutan mereka didorong oleh kelemahan penguatkuasaan agensi kerajaan dan dikhuatiri harga gula akan terus naik. Aku harap gula masih di dalam harga kawalan.

GST.

Tidak mungkin harga barang tidak naik apabila gst dilaksanakan. Walaupun dalam teori, ada beberapa harga barangan boleh diturunkan, ianya tidak mungkin terjadi. Pengeluar atau pemborong akan menjadikan pengurangan cukai sebagai sumber keuntungan.
Apa yang dimaksudkan oleh pengurangan cukai ialah nilai cukai jualan dan perkidmatan sekarang adalah lebih tinggi daripada nilai peratusan gst. Memang benar jika gst dilaksanakan semua golongan akan membayar cukai termasuklah golongan fakir miskin.

Sekilas, golongan berpendapatan rendah lebih banyak membayar cukai daripada golongan kaya. Dalam konsep gst, semakin banyak kita berbelanja semakin tinggi kita dikenakan cukai. Bermaksud, makin kaya, makin banyak cukai dikutip oleh kerajaan. Tanggapan golongan rendah membayar cukai lebih tinggi adalah tidak benar kerana kuantiti belian golongan bawahan adalah terhad.

Persoalannya, adakah kerajaan mampu mengekang dan memantau harga barangan.? Persoalan kedua ialah tentang keborosan kerajaan berbelanja dan ketirisan dalam pentadbiran. Jika pentadbiran kerajaan cekap, berbilion dapat dijimatkan. Bilion amat tinggi kepada perbelanjaan negeri. Oleh sebab itu kebanyakkan bajet tahunan mereka dibawah 1 bilion. Berjimatlah wahai kerajaan.

Rasionalisasi subsidi.

Subsidi yang semakin meningkat akan membebankan kewangan kerajaan dan membantutkan pertumbuhan ekonomi. Tanpa pembangunan, ekonomi kita akan semakin menguncup. Bila ia terjadi, keadaan akan menjadi lebih teruk berbanding kesan pelarasan subsidi.

Rasionalisasi gaji.

Kerajaan mengunjurkan negara akan mencapai negara maju sebelum 2020. Insyallah, Tun sempat melihat pencapaian hebat negara. Apa yang dikatakan negara maju.?

Apa ertinya jika pendapatan negara 50K jika ia tidak diterjemahkan ke dalam pendapatan rakyat. Untuk ke arah ini, pendapatan rakyat perlu seimbang antara gaji dan kos sara hidup. Sekarang ini, pendapatan rakyat under paid terutama sektor swasta.

Sekarang gaji sektor swasta (glc) mengikut gaji kerajaan. Sepatutnya gaji swasta mengikut gaji swasta. Kos yang ditanggung oleh swasta terutama pekerja bukan syarikat glc jauh lebih tinggi daripada kerajaan.

Ketika ini semua gaji antara glc hampir sama. Persoalan aku, mengapa pekerja glc (swasta) perlu mengikut kerajaan sedangkan kakitangan awam menikmati skim pencen dan tidak dipotong caruman kswsp. Walaupun gaji asas sama, syarikat swasta tidak memberi elaun setinggi kakitangan awam. Dinilai gaji bersih antara 2 sektor ini, ternyata gaji bersih kakitangan awam lebih tinggi berbanding dengan syarikat swasta termasuk glc.

Ini belum isu pinjaman perumahan. Sekarang ini syarikat glc menggunakan kaedah subsidi dimana pinjaman perumahan perlu dibuat melalui bank. Fikirkan, gaji rendah terpaksa mengumpul sejumlah wang bagi membeli rumah (RM 20K bagi harga rumah 150K). Berbanding dengan kakitangan awam, mereka hanya mengeluarkan modal sekitar RM 5K, bergantung harga rumah. Sekarang ini, bukan mudah untuk mencari rumah serendah 150K.

Relatifnya, kebanyakkan syarikat glc adalah bekas kakitangan awam. Mereka menikmati pencen (capai umur persaraan) dan menikmati bantuan pencen seperti pembayaran saguhati hari raya. Ada sesetangah glc, pekerja mendapat laba semasa mereka keluar dari kerajaan. Sebagai contoh, faedah kesihatan sehingga akhir hayat dan mendapat faedah saguhati berserta semua caruman kwsp.

Oleh sebab mereka menikmati banyak kemudahan dan faedah, kebanyakan pemimpin kesatuan dalam glc terlepas pandang atau tidak melihat keperluan gaji adalah keperluan yang dibela.

Review

Terbaru, sebuah syarikat glc melantik sebuah syarikat perunding bagi mengkaji asas gaji syarikat. Hasil laporan, bagi gaji eksekutif, memang ada keperluan gaji dinaikan kerana syarikat membayar dibawah paras gaji pasaran. Sebaliknya bagi golongan non eksekutif, mereka berpendapat gaji hanya kurang 5%. Gaji pekerja oil&gas merupakan gaji tertinggi dan dijadikan penanda aras.

Dalam laporan menyatakan, “ gaji oil & gas” dibayar kira-kira 80% daripada paras gaji sebenar. Oleh itu, syarikat tidak disyorkan membayar gaji lebih daripda pertonas dan sekutunya walaupun gaji none eksekutif dibawah paras pasaran.

Jika gaji syarikat swasta ( glc) dibayar di bawah pasaran, bagaimana dengan gaji sektor perkilangan atau pembuatan.? Sudah tentu under paid mereka tinggi

Kesimpulannnya, keluhan rakyat berpunca kerana gaji dibayar berdasarkan kepada gaji kakitangan awam dan bukan berdasarkan kos sara hidup dan sektor swasta.

Kepentingan kenaikan gaji.

Jika kerajaan mahu menjadi negara maju, kerajaan harus membuat rasionalisasi gaji setanding dengan status tersebut. Dahulu, tidak ada istilah rasionalisasi subsidi, tetapi semenjak Pak Lah menjadi perdana menteri, pemotongan subsidi menjadi pilihan untuk mengurangkan defisit.

Pada asasnya, kenaikan gaji harus dilihat dari kdnk negara dan rasionalisasi subsidi. Kenaikan gaji 7% setahun sudah tidak relevan. Kerana kos sara hidup meningkat berdasarkan 2 teras tersebut. Zaman Tun Mahathir, kenaikan tahunan adalah berpatutan kerana tidak ada pemotongan subsidi, sebaliknya ia berdasarkan hanya kepada pertumbuhan ekonomi.

Harapan aku, biarlah gaji sektor swasta berpadanan dengan beban kerja. Kerja swasta gaji pun mesti macam swasta.  

Jika dulu, sektor awam menjadi pilihan terakhir sebagai kerjaya, kini sejumlah 2 juta pemohon mendaftarkan diri untuk berkhidmat dalam kerajaan. Fakta ini membuktikan, skim gaji kerajaan lebih baik berbanding dengan swasta.

Ramai yang kata aku melalut.

Najib membentangkan pelarasan 81 pelbagai gred kakitangan awam. Pelarasan ini bagi menambah baik skim perkhidmatan dan ia selaras dengan kenaikan kos hidup dan persediaan untuk menjadi negara maju. 

KSU sudah mengeluarkan pekeliling. Jadi harga barang akan naik lagi. Sektor swasta masih menyepi dalam hal ini..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan daripada bajet
208. Kepada para penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Kerajaan amat menghargai sumbangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Maka yang demikian, pada Julai lalu, Kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan atau KGT melibatkan peruntukan sebanyak 1.6 bilion ringgit.

209. Di samping itu, Kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum.

Lantaran pada petang ini, sukacita saya mengumumkan pula, bahawa Kerajaan juga bersetuju menambahbaik sebanyak 81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat mulai bulan November ini.

No comments:

Post a Comment