Tuesday, October 29, 2013

Bila masa BN janji bagi BR1M 1,200?

Seingat aku, akujanji BN, nilai BR1M akan ditingkatkan dalam masa lima tahun sehingga RM 1,200. Bila BN janji nak bagi BR1M RM 1200 dalam tahun ini? Bila aku semak, memang BN akan meningkatkan BR1M secara berperingkat.

Keseluruhan akujanji dalam poster ini sudah diumumkan dalam pembentangan bajet tempoh hari. Pada dasarnya, pengambilan pihak polis rutin dalam pentadbiran kerajaan. Cuma satu, jangan nanti tersalah fakta janji penurunan harga kereta antara akujanji BN 20-30% dengan penurunan harga kereta PR.
BN berjanji untuk membina sejuta unit rumah. Dalam pembentangan bajet tempoh hari, kerajaan akan membina lebih daripada 100,000 ribu unit kediaman pelbagai jenis. Jika setiap tahun, kerajaan membuat dasar ini, kerajaan mampu melaksanakan semua akujanji termasuk membina sejuta unit rumah.

Kenapa aku highlightskan AKAN.? perkataan ini diguna pakai oleh pakatan selangor dalam isu rumah rakyat. Mereka tak bina rumah pun. MOM ( Military of Malaysia) melabelkan negara Indon sebagai negara AKAN. Sebabnya mudah. Kerajaannya banyak berjanji dengan menggunakan perkataan AKAN. Bila kerajaan umum pakej pembelian, rakyat akan bersorak, tapi perlaksanaanya belum tentu.
Bila sebut rumah mampu milik yang dijanjikan oleh exco Selangor, malas nak komen. Kemungkinan data penggal lepas akan dibawa untuk penggal ini. Penggal lepas pun angkanya berubah mengikut siapa yang mengeluarkan kenyataan. Realitinya, kebanyakan rumah yang disebutkan belum siap termasuklah di kawasan aku. Aku tahu, ada yang dah siap. Yang dah siap tu la yang dijaja mereka berjaya membuat rumah untuk rakyat.

Di Bangi, PKNS hampir tiada membuat rumah murah. Tetapi mereka ada membuat rumah mampu milik. Tapi tak banyak pun. Alasan, harga tanah tinggi. Rugi buat rumah mampu milik di kawasan bandar. Di seksyen 7, kerajaan negeri menyelitkan 12 atau 24 biji rumah kos rendah. Faham istilah menyelitkan.?

No comments:

Post a Comment