Memang Selangor boleh berbangga dengan duit simpanan yang begitu banyak. Tak perlu modal, rezeki datang bergolek. Aku bukan orangnya untuk mengulas ekonomi. Sebagai orang yang duduk di sekitar Selangor, aku boleh menilai dari mata kasar.
Sepanjang 5 tahun lalu, kerajaan Selangor hanya duduk kutip duit dan belanja sekadar apa yang perlu. Penjimatan kerajaan dapat dibuat hasil daripada pemotongan ‘belanja kepada rakyat’. Banyak jalan, longkang atau pembangunan infrastuktur lain tidak dibuat. Ini termasuk dengan pembekuan capex pada Syabas. Jadi secara langsung, simpanan duit Selangor akan menjadi banyak. Kos pengurusan air adalah antara kos yang tinggi.
Tetapi selepas pru yang lepas, memang banyak kerja-kerja penyelenggaraan dibuat sekitar Selangor. Benda yang benar kita kena berkata benar.
Jika kita membaca teks ucapan bajet Selangor tahun lepas, beliau mendabik dada Selangor Selangor lebih maju dari negeri lain. Memang apa yang dikatakan Khalid itu benar. Selangor memang negeri paling maju. Sebab itu aku katakan, tanpa modal atau pembangunan Selangor tetap menjadi pilihan pelabur.
Sebenarnya pembangunan Selangor bukan dipacu oleh sumbangan FDI atau pelaburan asing. Ia lebih tertumpu kepada pembangunan domestik. Inilah kelebihan negeri maju. Ia akan menjadi destinasi pelabur tempatan kerana faktor keperluan.
Jika Khalid dan Anwar mampu menarik pelabur terutama pelaburan yang berimpak tinggi di Selangor, aku akan lebih hormat dengan mereka. Selangor hanya mampu menarik FDI sekitar 1.5 billion. Angka ini adalah normal dan sepatutnya memalukan beliau.
Ini kerana, Selangor sudah mempunyai semua prasarana dan lokasi yang amat startegik.
Putrajaya terletak di tengah Selangor dan diantara Shah Alam. Lokasi ini menjadi pilihan warga putrajaya dan KL untuk tinggal di sekitarnya. Inilah yang dirancang oleh Tun Mahathir untuk mencapai wawasan 2020. Membangunkan negara dengan lebih cepat.
Semenyih, Bangi, Puchong Dengkil adalah daerah yang terpencil satu ketika dulu. Sekarang tempat ini menjadi pilihan pembinaan perumahan yang begitu pesat. Adakah semua ini hasil daripada Pakatan Selangor sedangkan sebelum pakatan mengambil alih, tempat ini sudah mula menjadi bandar.?
Khalid memang berkebolehan mengurus tetapi dari meneroka pembangunan beliau masih gagal. KLIA di Sepang masih seperti dulu. Sepatutnya, beliau boleh membuka satu hub perindustrian atau satu bandar diantara Sepang dan Shah Alam. Namun, Sepang masih seperti dulu.
Memang semasa BN mentadbir Selangor jumlah simpanan sedikit. Ini kerana kerajaan pada masa itu lebih menumpukan pembangunan. Untuk membuka bandar baru kosnya bukan sedikit. Mengambil contoh, kalau dulu Tun dihina kerana membazir membuka putrajaya, sekarang siapa yang mendapat nikmat dan kredit atas cacian yang beliau terima.?
Hakikatnya, pembangkang hanya bermegah di Selangor dan Penang kerana negeri tersebut memang sudah maju. Jika benar pembangkang bagus dalam mentadbir, kenapa Kelantan belum menjadi negeri maju walaupun rakyatnya bukan rakyat termiskin.?
Tanpa Anwar Tun berjaya mengatasi krisis ekonomi dan negara bangkit untuk terus membangun seperti yang dirancangkan. Anwar menjadi penasihat ekonomi, FDI Selangor sekadar cukup makan. Jadi siapa sebenarnya bapa pembangunan ekonomi negara.?

No comments:
Post a Comment