Monday, October 14, 2013

Malang Ketua Pemuda seliberal Anwar

Apa yang dimaksudkan progresif di kaca mata KJ..? " hidup melayu" sudah tidak relevan dalam umno. Kenyataan ini membuktikan bahawa selama ini beliau mempergunakan umno untuk kepentingan diri. Mungkin sebab itu, beliau tidak segan silu melantik Regina Lee sebagai setiausahanya.

Dasar pemimpin umno sekarang, kera dihutan disusukan, anak sanggup dibiar kelaparan.

Aku tidak nampak sebarang kebaikan penganut tegar Dap ini diberikan tempat yang istimewa oleh KJ. Tetapi kenyataan ini memberikan penjelasan mengapa beliau berbuat demikian.

Mungkin Najib dan KJ berpendapat peningkatan kerusi umno pada pru yang lalu adalah kerana cara politik beliau. Jika ini kepercayaan mereka berdua, maka bersiap la umno untuk dikafankan pada pru14.

Siapa harus dipersalahkan di atas kemenangan KJ.? Haruskah perwakilan pemuda dipertanggungjawabkan sedangkan perwakilan tidak mempunyai pilihan yang lebih baik. Orang tidak mengenali Akhramsyah apatah lagi tiga calon yang lain. Adakah ini menggambarkan pemuda ketandusan pemimpin yang berkaliber.?

Lebih 100 hari KJ dilantik sebagai menteri KBS, apa yang beliau buat.? Selama menjadi ketua pemuda umno, segala program pasti program yang berasaskan semangat BN sedangkan yang berduyun menghadiri program adalah orang umno. Jika beliau pemimpin yang hebat, beliau sudah mengeluarkan dasar dalam membentuk belia dan pembangunan sukan.

Tidak mustahil parti ini akan ditolak oleh orang melayu.  Aku sendiri semakin jemu dengan pemikiran orang seperti KJ.

No comments:

Post a Comment