Sunday, October 13, 2013

Tiada kejutan dalam sayap parti

Keputusan pemilihan keputusan sayap tidak ada kejutan. Hanya kerusi naib ketua pemuda yang dijangka sengit tidak menjadi kenyataan. Lokman Adam yang dikatakan mempunyai aura, mendapat undi tercorot. Beliau merupakan exco pemuda dan telah lama bergelumang dalam politik. Signifikanya, nama besar belum tentu mendapat tempat jika tidak berkerja dengan baik.
Sebelum ini aku sudah katakan. Poll alam maya tidak menjanjikan kebenaran. Yang mengundi poll ini adalah pembaca, bukan perwakilan. Berapa ramai perwakilan membaca blog.? Orang bukan politik membaca blog politik. Orang politik perlukan perwakilan untuk dipilih. Sebab itu perwakilan di kampung perlu dibekalkan list nama untuk mengundi. Aku sendiri memaksa orang untuk mengganti tempat aku. Aku  bekas KP dan timbalan pengerusi Dun.

Suka atau tidak, politik perlukan wang. Walaupun bukan untuk politik wang, belanja ke hulu ke hilir, masa dan tenaga amat diperlukan. Suka atau tidak projek kena masuk. Di atas pengorbanan masa dan wang, aku lari dari politik. Aku tidak perlukan politik wang untuk menjadi sebahagian pemuda bahagian. Aku ada orang dalam yang boleh bawa aku ke suluruh bahagian. Prinsip aku, keutamaan hidup ialah falimy. Aku lupakan politik dan aku rasa ia bukan gaya hidup aku. Dalam poltik, kita terdedah dengan sumber pendapatan yang tidak halal.

Persoalan, umno sudah berubah.?
Kita kena terima keputusan yang telah dibuat oleh ahli parti. Sistem sudah berubah, tetapi keputusan sama. Bagi list nama untuk diundi adalah perkara biasa. Terpulang kepada perwakilan untuk tidak memilih. Mungkin perwakilan menolak nama Lokman Adam kerana beliau masih belum mampu membersihkan namanya dari Anwar. Serba sebanyak ia agak menjejaskan peluangnya.
Kemenangan adalah satu tanggungjawab. Ujian pertama sudah ada. Prk Sungai Limau
Memang terdapat kelemahan yang ketara dalam sistem pemilihan. Dari cara berkempen yang memihak kepada orang berjawatan sehingga la pengiraan undi. Satu perkara parti harus mengambil iktibar ialah pengumuman calon atau perwakilan yang muflis. Jika benar dakwaan, perwakilan dilabelkan muflis oleh parti, ia adalah sesuatu yang mengecewakan. Tapi aku yakin, umno sudah mendapat pengesahan daripada Jabatan Insolvensi.

Satu kelemahan yang nyata dalam pemilihan kali ini,  penolakkan calon di saat akhir. Sepatutnya ia dilakukan seminggu lebih awal. Bukan esok pemilihan hari ini nama digugurkan. Itu yang sampai mikrofon melayang.

No comments:

Post a Comment