Pada mereka yang tidak tahu apa erti sayang. Sayang pada orang yang sayang. Tapi jangan sesekali menjadi hamba pada cinta.
Hubungan cinta biasanya akan melalui tempoh 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun dan 9 tahun. Ia ada kaitan dengan perjalanan hidup kita. Untuk aku menulis bab hati dalam blog adalah sesuatu yang sukar. Hati sukar ditafsir.
Jika pasangan kita merajuk, biarkan. Jika pasangan itu saling sayang menyayangi, pasti akan terbit rasa rindu. Bila rindu hati jadi resah. Bila resah, sekurang-kurangnya suara menjadi pengubat rindu.
Tempoh masa sama sahaja. 3 hari akan terseksa. 5 hari hati tak keruan, 7 hari pasti tak boleh tahan. Ego dicampak, kasih dijulang. Jika tidak ada perasaan ini, maka sebaiknya kita tinggalkan.

No comments:
Post a Comment