Satu kesimpulan yang dibuat, bagus pembangkang kuat.
Penutupan agensi kerajaan Amerika bukan disebabkan negara tersebut sudah bankrup atau tidak mempunyai duit. Tetapi kegagalan ahli kongres meluluskan budget khas yang dipohon oleh presiden. Dikatakan, jika budget itu diluluskan, hutang syiling AS akan meningkat kepada AS16.7 trillion atau RM 53.3 trillion. Sekarang ini hutang AS sudah mencecah US15 Trillion.
Size of gross debt Federal account debt
Before Reagan $1 trillion $250 billion
Ronald Reagan $2.9 trillion $677 billion
George H.W. Bush $4 trillion $1 trillion
Bill Clinton $5.6 trillion $2.2 trillion
George W. Bush $10.6 trillion $4.3 trillion
Barack Obama $16.4 trillion $4.9 trillion
Sejarah pentadbiran presiden AS
Semua negara berhutang termasuk AS. China dan Jepun antara pemiutang terbesar kepada Amerika. Kalau bukan kebanyakan negara dunia menggunakan dollar US dalam transaksi perdagangan, Amerika sudah lama bankrup.Walaupun negara mempunyai hutang yang tinggi, tetapi hutang tersebut banyak 'dipinjam' dari dari dana dalam negara.Sebenarnya penghujung tahun 2009 negara juga hampir mengalami keadaan yang sama dimana budget 2010 mendapat perbahasan yang sengit sehingga ia diluluskan melalui pengundian belah bahagian. Jika kerajaan gagal meluluskan budget tersebut, pru perlu dijalankan sejajar dengan konvensyen negara berparlimen.
Walaupun ekonomi AS tidak memberangsangkan, kita masih mengekalkan pertumbuhan yang menggalakkan kerana perdagangan negara tidak terhad kepada AS. Ini salah satu sebab mengapa ekonomi kita agak kebal dengan ketidaktentuan ekonomi AS. Walaupun begitu, kelembapan ekonomi AS sedikit sebanyak memberi kesan kerana AS merupakan negara dagang yang terbesar.
Secara keseluruhanya, pentadbiran ekonomi ekonomi negara masih dalam keadaan baik walaupun ekonomi dunia dalam keadaan yang sukar. Cuma keborosan kerajaan dalam memancing undi atau mengambil hati rakyat telah menjurumus negara kepada hutang yang tinggi. Harapan aku agar budget tahun ini, cukai individu dapat dikurangkan kerana kos sara hidup semakin tinggi disamping kerajaan harus menambah peruntukan dalam bidang pembangunan.
No comments:
Post a Comment