KUALA LUMPUR 24 Sept. - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menafikan telah menjual tanah seluas 106.8 hektar di Klang, Selangor dengan harga diskaun sebanyak 58.7 peratus.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sharif Haron berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Y&G Corporation Bhd. seperti yang tersiar di dalam dua akhbar termasuk sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini bahawa transaksi jual beli tanah bernilai RM100 juta itu telah disempurnakan dengan diskaun tersebut.

No comments:
Post a Comment