Kos untuk menampal diskaun lagi mahal daripada diskaun yang ditawarkan.
Notis ini tidak ada di kedai mamak
Dari dorang sembang, teksi memang ada.
Dato Seri Samy Vellu secara rasmi telah melepaskan jawatannya sebagai presiden MIC pada 6 Disember 2010 yang mana telah memegang jawatan tersebut selama 31 Tahun. Beliau sangat dikenali dengan pengunaan bahasa yang lintang pukang dan melucukan
Kata-kata Samy Vellu yang dikenang.
Pilihanraya: Orang PAS selalu kafir sama orang, saya pun dia kafirkan.
Parlimen bocor: Itu attap bocor sebab ada banyak sampah! Awak ingat saya kasi bawa naik itu sampahkah?
Samy Vellu komen tentang pos laju. “Besok kirim, hari ini juga sampai”.
Dalam interview di TV, dia ingin meluahkan perasaan malunya. “Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat besar”
Dalam satu ceramah, “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini”. Tiba-tiba seorang pakcik menyampuk “Tapi kita takde sungai, buat apa bina jambatan??” Dato Seri dengan bangga membalas “Kalau takda sungai, kita bina sungai.”
Semasa krisis air “Semua orang diminta jangan buang aiyerr!”
Dato Seri komen pasal orang marah tol naik “Toll naik sikit, banyak marah saya. You orang ingat semua ini tol saya punya bapak punya kah?”
Komen pasal isu masalah sosial “Orang-orang muda sekarang banyak suka hisap dade“ Dade = Dadah
Sempena kempen derma darah “Marilah kita semua menderma dare”
Di sebuah majlis perasmian bangunan “Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara (sepatutnya saudara-saudari), sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain“
Mengenai kepulangan Dr Sheikh Muzaffar, angkasawan negara pulang ke bumi “Kita rasa bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meninggal dunia selama 10 hari telah selamat dikebumi”
Kata hikmat sepanjang zaman
Dato Seri said "Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia respect sama kita. The jounalist replied "Tapi Dato Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?". Dengan cool nya Dato Seri reply "Itu pasal la u takda jadi menteri, saya sudah lebih 30 tahun jadi menteri, saya mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam, baru ada sejuk"
No comments:
Post a Comment