Thursday, November 28, 2013
Buaya Di Penang Port
Mohd Asyraf, Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan. Lokasinya adalah diantara jambatan dan BWCT Penang Port..
Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang. Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.
"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.
“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.
Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain. sumber
Labels:
Artikel Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masya Allah
ReplyDeleteMakhluk Allah. Subhanallah
ReplyDelete