Mengapa double standard.?
TNB disalahkan hanya kerana syarikat ini menjana keuntungan. Apakah rakyat mahu TNB rugi beratus juta seperti MAS.? Rakyat sepatutnya bangga dengan pengurusan TNB kerana menjana keuntungan dan bukan membazirkan duit rakyat seperti MAS.
Rakyat wajib menyalahkan kerajaan kerana melahirkan IPP untuk merompak duit rakyat. Sepatutnya, dasar penswastaan ke atas kepentingan awam harus dihapuskan dan bukan ditambah. TNB hanya menjadi kambing hitam dan mendukung biawak yang dilahirkan sendiri oleh kerajaan.
Berapa billion kerajaan dan TNB sudah membayar IPP.? Mengapa rakyat tidak menghentam IPP walhal syarikat ini mengaut keuntungan tanpa bersusah payah menajaga kepentingan rakyat.
Keuntungan industri tenaga daripada sektor penjanaan, bukan penghantaran atau pengagihan.
Umum hanya tahu TNB monopoli tenaga. Itu pandangan umum walau sebenarnya TNB hanya membekalkan 49% daripada tenaga keseluruhan. Dengan nilai bekalan tidak sampai separuh, TNB mampu mencapai keuntungan. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh IPP.?
TNB bukan syarikat Ali atau Ah Seng tapi syarikat rakyat. Mengapa rakyat marahkan TNB kerana syarikat ini berjaya diurus.?
Jika syarikat rakyat, mengapa tarif naik.?
Tarif naik kerana dasar kerajaan yang mengurangkan bahan bakar kepada industri tenaga. Jika IPP mengenakan kenaikan tarif, sudah pasti TNB juga mengenakan tarif. Dalam hal ini, rakyat harus menyalahkan kerajaan dan bukan TNB.
Bonus syarikat.
Berapa bonus LHDN.? Percaya atau tidak jabatan kerajaan ini memberikan bonus 6 bulan gaji dan jauh lebih tinggi dari TNB. Mengapa jabatan kerajaan boleh memberi bonus yang tinggi kepada kakitangannya sedangkan TNB itu SWASTA.
Mengapa tidak mempertikaikan Petronas memberikan bonus tinggi kepada anggota kerjanya tetapi pada masa yang sama subsidi minyak untuk rakyat dikurangkan. Mengapa tidak menyarankan agar minyak rakyat dikembalikan kepada rakyat.
Percaya atau tidak, TNB pernah ditawarkan bonus 0.5 bulan gaji. Pekerja TNB hanya mengecapi erti bonus hanya selepas kerusi CEO dipegang oleh orang dalam. Selama bertahun-tahun kerajaan telah meletakkan CEO yang menjerut leher pekerja dan pada masa yang sama melantik kuncu-kuncunya menjadi bos kepada jabatan.
Semenjak CEO Petronas bertukar tangan, polisi untuk menjaga kepentingan rakyat juga berubah. Dari peniaga kecil sehingga pemberian subsidi kepada TNB juga dihentikan. Hanya selepas perdana menteri didesak oleh kesatuan sekerja, barulah Petronas membayar ganti rugi.
Gaji.
Menteri Besar Selangor memberi komen, kenaikan gaji menteri besar dan jawatan lain masih rendah berbanding dengan sektor swasta. Percaya atau tidak gaji pekerja TNB adalah lebih rendah sedikit daripada penjawat awam. Malah ada gaji anak syarikat TNB boleh memohon bantuan zakat. Jika dibezakan gaji penjawat awam selepas pelarasan baru-baru ini, sepatutnya penjawat awam bersyukur kerana mendapat gaji jauh lebih tinggi daripada TNB. Malah selepas penjumudan jawatan, sebahagian daripada mereka mendapat kenaikan pangkat secara percuma.
Setiap bulan, ada sahaja berita kemalangan maut sewaktu melakukan kerja harian. Ini risiko yang perlu diambil oleh pekerja untuk mencari sesuap nasi. Inilah kehidupan warga TNB. Dikala warga kerajaan bersama keluarga, pekerja TNB masih ditempat kerja untuk memastikan tiada tempat dalam kegelapan.
Bil eletrik ini hanya untuk membangkitkan isu semasa. Ada ke premis atau kediaman yang dipotong bekalan hanya kerana satu sen.?
Dalam banyak pendapat yang dilontarkan, hanya Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman memberikan pendapat membina. Hanya penjanaan dikembalikan kepada TNB, tarif elektrik boleh bertahan dalam sesuatu masa.
Elektrik naik: Kaji semula pembelian tenaga IPP
- NOV 29, 2013
- ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kerajaan untuk menurunkan kadar pembelian tenaga dari IPP yang menjadi punca kerajaan menaikkan tarif elektrik bermula tahun hadapan.
Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.
Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.
"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.
Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.
Tambah Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.
"Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri, sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP," tegas beliau lagi.
Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.
Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.
"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.
Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.
Tambah Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.
"Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri, sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP," tegas beliau lagi.
Rasanya kena buat banyak kajian lagi ni. Minyak rakyat dikembalikan kepada rakyat? Kos kerja2 gali minyak tu bayar guna pasir ke?
ReplyDeleteCorrect me if I'm wrong. Berkenaan Petronas. Ini pandangan yang dengar dari orang lain. Ekceli nak explain mcm susah sikit. Sebab dulu pun orang berfikiran serupa jugak.
Harga minyak, petronas yang kawal ke? Tak rasanya. Apa kaitan subsidi minyak dengan gaji kakitangan Petronas? Kalau tak silap, Petronas antara pembayar cukai terbesar negara. Cukai yang dibayar petronas rasanya lebih tinggi dari GABUNGAN beberapa company lain (nak tau detail, sila buat research sendiri, malas nak cari link).
Nak kawal harga minyak? Boleh rasanya. Jadikanlah Petronas key player among Oil @ Gas company. Caranya? Naikkan penggunaan minyak petronas. Bila permintaan terhadap minyak petronas meningkat, barulah ada kuasa nak tentukan harga minyak. Haa... masa tu, barulah boleh bising kalau harga minyak stil tak turun2.
Bonus kakitangan petronas? Rasanya2lah kan... kalau ada sykt lain yang tawar gaji lagi tinggi...ada ke kakitangan petronas yang nak stay dgn gaji lagi rendah bila drg boleh dpt perks lagi banyak dekat sykt antarabangsa lain? Dah pernah jadi rasanya sebelum ni. Sebab tu la petronas kena maintain bagi gaji tinggi. Ingat murah ke kos nak train staff? Kita penat2 train, senang2 sykt antarabangsa tarik. Rasanya, isu sama pernah jadi dekat pilot MAS. Pernah dengar yang pilot dilatih oleh MAS antara yang terbaik. Tapi, apa guna bila kena tarik dgn sykt luar?
Saya sokong dgn saudara. Sy menyokong bkn dasar kerana sy sukakan petronas. Harga minyak bukan ditentukan oleh petronas. Mengenai gaji petronas, sy sebagai pekerja petronas melihat sendiri ramai diantara kwn2 sy berpindah ke tempat lain yg jauh lbeh tinggi gajinya. Jika ini berterusan, ramai professional akn ke tempat lain dan akhirnya petronas akn jatuh prestasinya. Walaupon gaji petronas telah direvise semula, ia msih jauh dgn company yg lain kerana petronas menyumbang 60% pendapatan negara. Mengenai tarif elektrik naik, sy setuju pndangn mengenai pemnaziran IPP. Ia bukan salah pihak tnb. Sekian
DeleteSy pon pelik asal tiba2 masuk bonus lhdn plak? Setahu sy lhdn bdn brkanun.. lhdn mgenakkn caj prkhidmatan atas kutipn yg dbuat dan dari caj prkhidmtn tsbtla digunakn utk brlanja & pmbyrn bonus.. sy rasa admin nie ada msalah hati nie...
ReplyDeleteLHDN gomen agensi, dana semua dari kerajaan..diorang x generate income sebab tu admin mempersoalkan macam mana LHDN boleh dapat bonus 6 bulan tp penjawat awam lain 0.5 je. Kalau salah tlg betulkan..tq
DeleteLhdn hanya ambil peratusan dari total cukai yg bjaya dpungut dibawah pjanjian ajensi.kalau bjaya pungut lbh, maka lebih la lhdn dpt. mcm sistem amil pungut zakat. Amil pun dpt agihan dr duit zakat mgikut percentage collection
DeleteKnp admin nk mempersoalkn byr bonus lhdn? Siap publish lg kt internet.. dengki ke? Rezeki masing2.. kalau nk, kejela kt situ sbb sy pon keje kt situ..kami pon trdedah dgn mcm2 ugutan dgn org yg xnk & xprnah byr cukai. Hello kami pun byr cukai tau..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekepada anonymous yang asyik suruh buat research tu, dah research berapa percent tarif naik sebab harga gas? harga gas naik sebab apa? ada ke long run/short run marginal cost ditanggung petronas untuk supply gas yang justify harga gas naik? pakai minyak ke gas? indeks kan harga gas ikut apa? berapa kos petronas untuk supply gas sebenarnya? rugi ke petronas kalau tak naikkan harga gas?
ReplyDeleteRugi ke petronas kalau tak naikkan harga gas? Memang la x. Xde kaitan ngan petronas pun. Bukan petronas yg naikkan harga gas. Kerajaan yg kurangkan subsidi. Bila keuntungan petronas meningkat, secara tak langsung nilai cukai yg dibayar kepada kerajaan juga meningkat. Petronas x kesah pun. Even mmg pendapatan negara banyak juga bergantung pada cukai yg dibayar petronas. Kos supply gas? Dey...kita punya minyak mentah la. Hantar untuk proses then kita amek yg dah proses. Kira sendiri la berapa incurred cost.
DeleteSume ini kerana rakyat punye mindset: elektrik: TNB,.minyak:petronas. Hanya org yg mengkaji btul2 tahu ap yg menyebabkn kenaikan minyak dan elektrik yg bkn dsebabkn 2 company ini.tq
ReplyDeleteMasing2 kerja utk Negara kena lah sama upahnya secara kasar (perbandingan jawatan yg sama. PETRONAS untung sebab business minyak...ke staff PETRONAS tu lagi bijak dari staff tnb??..engineer yg join tnb pun ramai grad univ terkemuka luar Negara...staff tnb tak lari sebab tak banyak peluang selain ipp...staff PETRONAS lari sebab banyak peluang kt int companies..PETRONAS cukai tinggi sbb revenue tinggi...tk tinggi mcm mana ,,,minyak bapok mahal...kenalah adil...samakan bonus/gaji semua syarikat glc tu...org lain pun ada sumbangan juga bukan PETRONAS je.
ReplyDeleteSebab taknak staff lari la kena bagi gaji tinggi. Kalau x, sia2 la hantar training. Last2 jadi supplier man power utk other international company. Lingkup la syarikat Malaysia.
DeleteJadiakan pet, lhdn, tnb semua jabatan kerajaan...nanti gaji bonus semua sama...revenue pet semua milik gov..so dia tak lah kecoh konon2 cukai di byr besor..mmgla..dah untung beso. ya ramai akan berhenti..ke syarikat lain..tapi akan ada pelapis..proton dah beratus engineer berenti..sbb gaji kecik/bonus tiada..masih ada lagi syarikat tu walau dah kena jual...apa2 minyak naik, elektrik naik, cukai naik semua boleh salahkan satu pihak saja nanti kan? tak puas hati tukar undi.
ReplyDeleteMemang la ada pelapis. Tapi kos training tu yg tinggi. Negara lain nun dok tgu peluang je nak tarik petronas punya expertise. Save duit training.
DeleteSaya setuju dengan pendapat Anonymous, IPP sepatutnya dah lama dimansuhkan. Pernah perkara ni diutarakan dulu, tapi senyap lepas tu. Ini tidak, bila IPP nak naikkan tarif, kerajaan panjangkan lg konsesi supaya tarif tak naik. sama seperti PLUS. jadi tiada kesudahan... kesannya adalah kepada rakyat...
ReplyDeletePetronas pun tak salah pada pandangan saya. kenyataan pengerusi petronas menyatakan sumbangan mana pergi sumbangan dari petronas setiap tahun.
Saya amat bersetuju Petronas jadi key player seperti yang dilakukan oleh Filipina (PETRON) atau Venezuela (PDVSA).
cuba rujuk anggaran hasil kerajaan yang tak sulit pun.
http://www.treasury.gov.my/pdf/percukaian/buku_anggaran_hasil_kerajaan_persekutuan_2013.pdf