Aku menyangka perempuan ini bersolat sendiri. Setelah seorang pembaca oh media mempertikaikan kesahihan gambar, maka pihak admin mengeluarkan gambar penuh.
Ternyata gambar ini sahih dan perempuan ini sedang bersolat berjemaah dan bukan solat bersendirian. Kita harus berprasangka baik dan diharap perempuan ini bersolat menunaikan kewajipan dan mencari keredhaan Allah. Noktah.
Persoalan yang ditimbulkan ialah kewajaran bersolat dengan suasana terbuka dan dikelilingi lelaki. Sesuai atau tidak. Dalam surau dan masjid, ada kawasan untuk solat perempuan yang ditutup.
Secara peribadi, solat maghrib atau isyak.? Kalau isyak, wajar ditangguhkan kerana waktu isyak panjang dan ada sesetangah mazhab yang menggalakkan ia dilewatkan sepertiga malam. Jika maghrib, wajib dia bersolat walau dimana sekalipun. Tetapi setahu aku, stadium disediakan surau. Wajar beliau solat di dalam surau. Tidak timbul fitnah.
Jika mahu mendapat fadhilat solat berjemaah, tidak perlu la datang stadium.
No comments:
Post a Comment