
Peluang terakhir sudah diberikan kepada umno untuk berubah. Tapi umno dibawah pimpinan Najib tidak berubah. Lihat dengan dasar Petronas sekarang. Melayu sokong untuk melayu mentadbir, tapi melayu dilembukan oleh mereka yang diberikan amanah.
Melayu disumbatkan dengan peraturan, tapi pada yang sama membuka peluang pemilikan orang cina.
Bukan cerita baru, tetapi cerita lama yang mana perompak harta rakyat masih tidak berhenti untuk merompak. Warga TNB dibelenggu isu ini sekian lama. Janji PM sekadar janji dicapati.
‘Pisah TNB kepada 5 entiti’KUALA LUMPUR 6 Mac - Kerajaan hari ini menafikan spekulasi bahawa syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dipecah-pecahkan menjadi syarikat yang lebih kecil.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya memberi jaminan, TNB akan terus kekal sebagai syarikat utiliti yang unggul dan bersepadu bukan sahaja di dalam negara malah di rantau ini.Beliau berkata, mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada 4 Februari lalu yang dipengerusikannya sendiri turut memutuskan perkara sama iaitu TNB tetap kekal sebagai syarikat utiliti yang unggul serta bersepadu.
Cadangan bagi tingkat kecekapan operasi firma
Petaling Jaya: Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya Tenaga Nasional Bhd (TNB) dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.
Bagi merealisasikan cadangan itu, Suruhanjaya Tenaga yang menyelia inisiatif IBR kini dalam proses rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan, mengenai cadangan pemisahan yang akan menyaksikan TNB beroperasi di bawah lima entiti berasingan untuk memudahkan akaun setiap unit perniagaan berkenaan dipantau.
IBR adalah rangka kerja penetapan tarif elektrik baru Suruhanjaya Tenaga yang menyasar meningkatkan tadbir urus kawal selia industri tenaga domestik, di samping memberikan insentif kepada TNB untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Ujian selama setahun inisiatif IBR sepatutnya bermula pada September lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan kerana kerajaan perlu memberi keutamaan terlebih dulu kepada pengurangan subsidi bahan bakar.
Difahamkan, di bawah IBR, Suruhanjaya Tenaga sudah mengemukakan cadangan yang menggunakan model pasaran terurus untuk mengasingkan TNB kepada lima entiti perniagaan manakala pengeluar tenaga bebas (IPP) pula akan membentuk entiti keenam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suruhanjaya Tenaga menjadi barua lanun harta rakyat. Sebelum menyarankan agar TNB lebih cekap sila cermin dulu ST itu cekap ke tidak. Kalau TNB tidak cekap, tidak ada la untung dan sering blackout.
Mesej jelas. Rakyat akan dipaksa menanggung kenaikan 5 ceo baru dan pembantu-pembantu yang tidak sepatutnya. Disamping itu, kos-kos lain akan meningkat kerana keuntungan tidak dapat diagihkan malah keuntungan yang sepatutnya diberikan semula kepada rakyat akan disamun oleh mereka yang sudah kaya merompak duit rakyat.
Sekarang glc milik rakyat. Jika tnb untung sudah pasti untung itu dinikmati oleh rakyat. Jika TNB menjadi syarikat individu, sudah pasti keuntungan itu menjadi milik keluarga.
Penyamun-penyamun bukan menanti, malah mendesak kerajaan untuk memecahkan TNB. Jika industri ini rugi, tidak mungkin penyangak ini mahu mengambil alih tnb. Antara Najib dan punahsihat sama sahaja. Wajar sangat Najib ditolak rakyat.
Meh habaq kat aku, negara mana tidak ada blackout.? Bila kerajaan sudah tidak ada wang, mula la sana sini dinaikkan. Pegii daa... Najib memang muka janji dicapati.....