Saturday, November 16, 2013

Serius... Najib memang boros

Hutang Malaysia sudah mencecah RM500 billion. Ia bukan angka yang kecil untuk dilunaskan oleh kerajaan. Dengan cara perbelanjaan yang boros, ada kemungkinan hutang ini akan meningkat.

Dalam tempoh lima tahun, kerajaan sudah membelanjakan RM7.2 billion bagi mendapatkan khidmat perunding luar. Angka ini terlalu besar untuk diterima oleh rakyat. Apa projek mega kerajaan Najib sehingga mengupah consultant sebegitu mahal.? Tidak cukupkah para penasihat dan pegawai besar dalam kerajaan.

Semua ini mengarut. Serius mengarut tahap dewa. Dengan jumlah 1.4 juta penjawat awam daripada pelbagai jawatan termasuk prof universiti, mustahil mereka tidak mampu membentangkan kertas kerja yang berkualiti.

Pemandu menggunakan perunding luar untuk dibentangkan oleh Najib.? Serius... memang perkara ini tidak boleh diterima langsung.Subsidi dipotong untuk memenuhi nafsu pemerintah. Sekarang ini, menjual rokok haram lebih untung dari jual dadah. Begitulah desperate sangat kerajaan Najib mengorek duit rakyat.

Serius, semenjak Idris Jala menjadi 'otak' pentadbiran Najib, rakyat dicengkam sampai hujung nyawa. Kepentingan rakyat digadai secara total. Hanya BR1M yang mampu ditawarkan oleh kerajaan sekarang. Tidak lebih daripada itu.

Khazanah membantu rakyat.? Minta maaf. Bos Khazanah virus yang tidak mampu dikesan oleh antivirus. Sekarang ini, kebanyakkan bos glc berlingkar pada orang yang sama. Perangai tidak ubah seperti Idris Jala.

Najib perlu disingkirkan sebelum terlambat. Orang kata, kawan mencorak pemikiran dan sikap kita. Begitulah Najib. Salah memilih penasihat dan tidak mendengar nasihat orang.