Wednesday, December 11, 2013

Gambar kahwin Rozita Che Wan dan Zain Saidin



Memang meriah, seperti majlis persandingan pula! Majlis berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin berlangsung di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 8 malam semalam. Dengan tajaan mencecah RM13 juta, tidak hairanlah persiapan majlis berinai pun amat mewah. Jom saksikan gambar-gambar sekitar majlis berinai mereka dibawah










sumber tgktv
Shah ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, pada majlis akad nikah yang diadakan di Gazebo, Setia City Convention Centre, di sini, pada malam Rabu.


Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.

Ia berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam.

Rozita menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000. -mStar

No comments:

Post a Comment