Sesuai sangat Terengganu dilabel sebagai darul runtuh.
Pagi semalam sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati di Teluk Kalung dilaporkan runtuh. Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu
Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu.
Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.
Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.
Bumbung bangunan runtuh sinonim dengan projek kerajaan BN. Bukan projek di Terengganu, bangunan parlimen dan hospital juga tidak terkecuali.
Setakat ini belum ada kenyataan daripada kerajaan, kontraktor terbabit dikenakan tindakan. Sebaliknya, menurut dakwaan Ahli Parlimen Terengganu,Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad kontraktor tersebut juga masih mendapat tempat di Terengganu dan ketika ini sedang melaksanakan beberapa projek.
Secara teknikalnya, ia pasti berkaitan dengan "rasuah". SPRM jika mahu dipandang tinggi, jabatan ini tidak perlu tunggu dan lihat. Buka sahaja kertas siasatan, jangan tunggu aduan.
Rakyat tidak boleh menerima keadaan ini berlaku berterusan. Ia perlu dihentikan demi masa depan negara.
No comments:
Post a Comment