Zaman aku sekolah, hanya budak lelaki yang memonteng dan bergaduh. Jarang sekali murid perempuan bergaduh. Sekarang tidak kira murid lelaki atau perempuan, bergaduh adalah lumrah mereka. Guru tidak boleh mengambil tindakan, tangan terikat mulut dikunci.
Kuasa guru hanya untuk mengajar, menghukum walau mencubit dilarang sama sekali. Peranan ibubapa lebih besar daripada guru, malangnya ibubapa sering meletakkan tanggungjawab tersebut kepada para guru.
Tetapi dalam kes murid Emilia, denda mengusir keluar sekolah juga tidak boleh diterima. Dulu mungkin kurang kes culik, tetapi sekarang dirumah kes culik juga kerap dilaporkan. Jadi adalah tidak wajar guru terbabit mendenda sedemikian. Kan lebih elok kalau dirotan sahaja budak itu.
Aku tak tahu parents mereka tahu atau tidak anaknya suka bermain tatu. Kalau tidak tahu, aku no komen. Lantaklah, anak korang. Tapi kes sebegini akan membebankan guru. Kalau aku guru, memang kena penampor la jawabnya.
Budak cepat terpengaruh, dalam tv sering dipaparkan samseng melayu ada tatoo. Jika kerajaan membuat larangan filem seperti KL gangster, penggiat filem akan kata, ia sekadar lakonan.
Kalau cubit tak boleh, ketuk ketampi pun tak boleh, apa yang boleh. Tak menghirau murid pun tak boleh. Jadinya, suruhlah ibubapa sendiri yang mengajor di rumah. Aku tak salahkan guru atau kementerian, ibubapa yang bersetuju akan hal ini. Jadi, sebagai ibubapa, pantaulah perkembangan anak-anak.