Sunday, February 16, 2014

Banjir tv3 buat liputan palsu

Banjir di Sabah agak teruk, seramai 4000 orang mangsa banjir sudah dipindahkan. Ada suara sumbang sudah kedengaran, Sabah dianaktirikan oleh kerajaan pusat.

Paling sedih apabila bantuan tidak diberikan dan tv3 menggunakan berita recycle. Ini cerita dari bilik pakatan, hakikatnya berita yang dilaporkan oleh TV3 adalah laporan benar. Mungkin cameraman tidak perasan setting masa dan tarikh tidak tepat. Ini disahkan sendiri oleh Jamawi Jaafar dalam laman fbnya.


Apapun, kalau umno rasa Sabah akan terus menjadi milik umno, jangan sekadar memandang kesengsaraan penduduk yang selama ini memberi kepercayaan kepada umno. Tapi kalau umno mahu mati kaku pada pru akan datang boleh la terus berpeluk tubuh.

Kuantan kawasan pembangkang, tetapi kerana negeri PM bantuan mencurah. Sabah negeri deposit BN, tapi dilayan seperti Sabah bukan dalam Malaysia. Kalaupun pemimpin pusat lambat turun, bantuan kepada rakyat Sabah mestilah yang paling terbaik. Kalau bukan kerana Sabah, Najib sudah menjadi ketua pembangkang.

Semenanjung kemarau Sabah terlebih air.