Luahan guru boleh baca kat sini. link
Guru semakin terbeban dengan kerja. Aku bukan guru, aku no komen. Gambar menceritakan segalanya. Sebelum ini pensyarah juga mengeluh, gaji mereka tidak disemak bertahun lamanya.
Kalau tak silap aku, di universiti bilik kebal seperti ini juga wujud. Ia memudahkan kerja apabila pihak MQA membuat semakan. Di IPTA aku tak pasti ada ke tidak bilik fail seperti ini. Ada kawan pergi ke ipta, punya la seronok, kurang kerja gaji pun boleh tahan.
Guru mengeluh, pensyarah mengeluh, nanti bomba pun mengeluh. Mana nak sempat padam kebakaran, bomba perlu datang menyelamat dalam kemalangan. Tang lemas pihak bomba terpaksa menolong, sesat pun bomba terpaksa membantu, pendek kata semua kerja menyelamat perlu melibatkan bomba. Potong cincin pun khidmat bomba diperlukan.
Dulu kerja bomba rileks, sekarang tidak lagi..."rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.....
Kakitangan bomba tidak ditambah, gaji bomba pun lama tidak disemak. Nanti kalau bomba mengeluh, aduhai.....
Tujuan PBS bagus, tapi entah kenapa aku kurang setuju walau aku tahu PBS digubal seperti dalam universiti. Apapun, pandangan guru mesti didengari.
No comments:
Post a Comment