Monday, February 24, 2014

IPP broker rompak duit rakyat

1MDB telah mengambil alih Tanjong Energy Sdn Bhd dengan harga RM8.5 bilion, Genting Sanyen (RM2.35 bilion) dan loji jana kuasa Jimah (RM1.2 bilion) membabitkan kos keseluruhan RM12.05 bilion .

Aku tidak pasti peranan pengeluar tenaga bebas 'IPP'.  IPP wujud selepas semenanjung Malaysia bergelap pada tahun 1997. Atas alasan ia tidak mahu berulang (kurang kepercayaan kepada TNB) maka tertubuhlah IPP.

Kerajaan tidak percaya kepada TNB, tetapi kebanyakkan pekerja mahir IPP adalah staff TNB. Sebodoh-bodoh pekerja TNB, merekalah tulang belakang IPP. Jika IPP mampu membayar gaji jauh tinggi daripada TNB, kita boleh mengagak berapa banyak keuntungan mereka. Jika mereka untung, siapa yang terbeban.? sudah pasti rakyat.

Rakyat tahu wujudnya IPP, pada masa yang sama rakyat beranggapan TNB monopoli industri tenaga. Ketika ini TNB bersaing sengit dengan 1MDB untuk mendapatkan tender membina janakuasa di seluruh Malaysia.

1MDB ini syarikat apa.? Tiba-tiba kerajaan wujudkan dan memperolehi tender-tender berkepentingan dalam kerajaan. Ada yang kata ia milik first lady negara. Tapi aku tidak beranggapan begitu, proksi yea kot.

IPP diberi tender untuk membina janakuasa. Sudah untung bilion dan janakuasa mula usang, mereka jual semula kepada kerajaan. Garu kepala sekejap. Bilion duit rakyat lebur.

Sekarang ini TNB dihambat rakyat kerana kenaikan tarif. Rakyat tidak tahu kos operasi semakin meningkat sementara pendapatan syarikat semakin berkurang. Masakan tidak, penjanaan sumber utama pendapatan, tetapi kini ia dibalun teruk oleh orang lain. TNB hanya mendapat sisa makanan.

Perlukah IPP atau 1MDB dalam industri tenaga.?

Jika rakyat mahu tarif lebih rendah dari sekarang ini, IPP tidak diperlukan dalam industri tenaga. Selepas mereka mengambil untung, mereka akan cabut. Yang terbeban ialah rakyat.

Sepatutnya, 1MDB bukan pemain industri tenaga, tetapi syarikat ini boleh menceburi dalam bidang hartanah dan membantu kerajaan dalam menangani isu rumah. Mereka juga boleh bersaing dalam industri pembinaan kerana sektor ini amat luas. Dengan modal berbillion, mereka boleh meneroka pelaburan luar negara.

Apa gunanya gaji ceo, ahli lembaga pengarah yang bergaji berpuluh ribu kalau semua bisnes disuap oleh kerajaan..? Menghabiskan borehh..!!

Tahukah gaji pekerja TNB lebih rendah dari kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment