Ada kewajaran kerajaan menetapkan harga lantai getah bagi penoreh getah. Kalau bukan RM4 mungkin RM3 sudah memadai.
Jika melihat isu yang dibangkitkan, mereka hanya mengambil upah menoreh dan bukan pemilih kebun. Jika harga lantai ditetapkan, orang yang mendapat keuntungan bukan penoreh tetapi pemilik kebun getah.
Adalah lebih baik penoreh diberikan bantuan one off. Masalah ini juga tidak selesai jika ada pihak lain menuntut bantuan seperti ini.
Jika penoreh diberikan one-off, pekerja kelapa sawit, koko, tembakau, nelayan dan petani juga mahu pembelaan yang sewajarnya.
Dahulu, orang tidak merungut sangat. Mereka tahu harga getah dan sawit tidak menentu. Mereka akan berjimat semasa kaya dan menggunakan wang itu semasa terdesak.
Kerana sawit lebih mudah diurus daripada getah. ramai pekebun getah menukar kepada sawit.
Dalam perkara ini, aku tidak ada kesimpulan. Sekarang semua orang mahu dibantu.