Wednesday, February 19, 2014

Macam-macam hal

Seorang anggota polis trafik dari Balai Trafik IPD Pasir Putih membuat laporan polis selepas seorang lelaki telah menghalang beliau ketika sedang menjalankan tugas dalam satu sekatan jalan raya yang diadakan di KM21 jalan Melawi-Besut di Kg Kuala Semerak,Pasir Putih Kelantan.

Anggota trafik itu dikatakan telah menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Proton Wira dan telah mengeluarkan saman atas kesalahan cermin gelap.

Suspek yang merasa tidak berpuas hati kerana disaman cuba membuat provokasi dan mencabar anggota terbabit dengan menurunkan tandatangan di atas kertas saman menggunakan perkataan lucah.

Selepas kira-kira 10 minit suspek tersebut beredar dari lokasi,suspek kembali semula ke lokasi kejadian dengan memandu sebuah 'backhoe case' kepunyaan bapanya dan meminta anggota polis itu mengalihkan kereta peronda yang diletakkan di situ dengan alasan mahu menggali tanah di kawasan itu.

Anggota polis itu tidak mengendahkan permintaan tersebut dan menyebabkan suspek berang lalu melintangkan backhoe tersebut di tengah jalan dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

Akibat dari perbuatan itu,keadaan trafik menjadi sesak.Suspek disiasat di bawah sek 186kk kerana menganggu penjawat awam menjalankan tugas. DTR


Asal boleh je

Amboi... gari jadi mangga moto.?