Kelonggaran syarat untuk memiliki kad kredit antara penyebab utama mengapa permasalahan ini terjadi. Secara purata, mereka memiliki 7 kad kredit.
Kalau tidak silap aku, awal tahun 2000 untuk memiliki kad kredit pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM25 ribu.
Ayat sinikal memperlekehkan bantuan kerajaan kepada golongan sasar. Aku tidak suka dengan apa yang kerajaan buat. Tetapi kepada mereka yang kurang berkemampuan, sedikit sebanyak melahirkan senyuman.
Antara kad kredit dan bil elektrik rumah RM300 sebulan merupakan golongan pertengahan. Pendapatan seisi keluarga dalam RM8K-15K.
Point pertama yang aku tekankan, mereka yang bankrap bukan orang susah. Tetapi orang agak senang nak lebih senang. Belanja tidak mengikut kemampuan dan boros dalam berbelanja.
Sebulan membayar elektrik RM300. wow. !! u masuk rumah mesti terus on aircond. Kalau setakat pasang kipas dan on pc atau jerang air guna cerek elektrik, bil tidak akan setinggi itu.
Apa yang aku tekankan ialah mengenai isu displin pengurusan kewangan. Jika tidak mampu, buat cara tidak mampu. Kalau aircond satu keperluan, driver juga boleh dianggap keperluan.
Aku tidak nafikan, semua terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup. Dalam menyalahkan kerajaan, kita sewajarnya bermuhasabah dengan kemampuan diri.
Sesetengah orang memandang selekeh nilai RM650 tetapi kepada mereka kurang berkemampuan ia amat bermakna. Bersyukur dengan kemampuan membayar bil elektrik RM300 sebulan, jangan sesekali kufur nikmat.
Saiful Nang
Hanya perlu rajin...insyaAllah boleh kaya. Bagaimana emak tak suka orang miskin merungut dan merengek nasib menyalahkan orang lain. Begitu juga saya benci orang menyalahkan nasib hidupnya kepada orang lain. Orang begini, tukar pemimpin ratus kali pun sama juga akan jadi loser. Orang yang rajin, campak ke mana-mana pun boleh jadi kaya
No comments:
Post a Comment