Pekerja TNB tidak akan memasuki kediaman jika tiada sebarang aduan daripada pengguna. Jika ada keperluan untuk memasuki rumah sekalipun, pengguna disaran agar pekerja terbabit menunjukkan kad pekerja untuk tujuan pengesahan. Ia juga boleh digunakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Setahu aku, setakat ini tiada sebarang perubahan kepada peralatan TNB@meter TNB kerana program penukaran meter analog ke digital sudah dibekukan. Kalau ada sekalipun, tiada keperluan pekerja terbabit memasuki premis@rumah. TNB juga tidak ada membuat sebarang pemasangan peralatan tambahan.
TNB hanya menyelanggara bekalan elektrik hanya untuk setakat di meter milik TNB.
Pekerja selenggaraan TNB akan menaiki kenderaan rasmi TNB dan tidak menggunakan kenderaan persendirian kecuali aktiviti membaca meter. Pembaca meter juga dilarang memasuki pagar kediaman kerana mereka dibekalkan peralatan membaca jangka yang bersesuaian.
Beberapa kejadian samun dan rompak berlaku di beberapa kawasan seperti Sepang/ Salak Tinggi / Bandar Baru Bangi. Mohon semua pengguna berwaspada dan menangkap perompak yang menggunakan taktik ini.
Betul ke apa yang aku tulis ini... wkwkkw