Tuesday, February 18, 2014

Isu rumah tidak pernah selesai

Masalah pemilikan rumah bukan baru. Sudah lama dah. Kerajaan selalu mengambil pendekatan bersifat sementara. Ia tidak diselesaikan dengan tuntas. Bukan beratus juta, tetapi sudah berbillion kerajaan memperuntukkan dana untuk mengatasi masalah ini. Tapi masalah tidak selesai.
Program MyHome yang akan dilancarkan kerajaan pada 1 April ini akan memberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 kepada mereka yang layak untuk membeli rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut akan melibatkan kira-kira 10,000 unit rumah yang dibina oleh pihak swasta dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta
Kerajaan negeri Johor mengumumkan untuk memansuhkan faedah pinjaman. Sebelum ini kerajaan mengumumkan untuk membina 10,000 rumah prima bagi penduduk Putrajaya atau mereka yang pekerja di sana. Sebelum ini kerajaan memfokuskan mereka yang berpendapatan rendah dibawah RM2000-RM3000. Semalam kerajaan mengumumkan subsidi kepada mereka yang berpendapatan RM3000.

Ingat gaji pekerja swasta ini besar sangat agaknya. Silap-silap mereka yang bergaji RM3000 sebulan sudah dikenakan cukai walau seringgit. Ramai yang belum mampu membeli rumah walau berpendapat keluarga 7K-10K sebulan. Golongan ini sering dipinggikan oleh kerajaan. Jangan salahkan mereka kalau mereka menyokong pembangkang.


Untuk pekerja swasta, untuk membeli rumah memerlukan tunai yang besar. Ramai yang mampu untuk membayar bulanan, namun untuk menyediakan RM 30K-40K tunai menjadi halangan terbesar untuk memiliki rumah.

Banyak faktor menyumbang kepada kenaikan rumah. Pembinaan rumah yang terkawal dan aktiviti spekulator yang tidak terkawal antara faktor terbesar menyumbang kepada permasalahan tersebut.

Yang sering dibantu kakitangan awam, ingat rakyat swasta tak nak hidup...... golongan pertengahan lebih miskin dari penerima zakat. Bagusnya kerajaan hari ini.