Thursday, February 13, 2014

SBY Unfriend PM Singapore di Facebook

Nak tergelak baca, dua ketua negara ini saling memutuskan hubungan di facebook.


Hubungan diantara Indonesia tegang ekoran tindakan Indonesia yang menamakan kapal perang baru mereka sebagai KRI Usman-Harun. Koperal Usman dan Harun adalah dua orang perisik Indonesia yang meletupkan MacDonald di Orchad Road, Singapura pada 1968 sewaktu konfrontasi dengan Malaysia.

Mereka berdua ditangkap semasa hendak melarikan diri. Dipercayai bot mereka telah kehabisan minyak. Saat mereka dijatuhi hukuman gantung, presiden waktu itu, Presiden Soeharto telah memberi gelaran pahlawan negara bagi menghargai pengorbanan mereka berdua.


Indonesia sedang giat memodenkan semua cabang angkatan tentera mereka. Mereka juga telah membeli dua lagi kapal kovert disamping kereta kebal jenis main battle tank (MBT) dari Jerman dan jet pejuang. Malaysia masih belum membuat sebarang keputusan jenis samada mahu menggantikan Mig29 yang sudah tamat tempoh.

Kita berpolitik siang dan malam melayan karenah Anwar Ibrahim. Akhirnya negara juga yang rugi.