Sebelum ini beliau pernah mengkritik laksa nyonya di sebuah hotel terkemuka di ibukota. (hotel mandarin). Beliau melabel chef hotel terbabit sebagai pemalas dan patut kena tembak.
My concerned is when other foreign guests order this dish they will totally get the wrong impression of the dish when its more like Mee Kari. Sudah la pekat rasa pun tak senonoh
Mentang-mentang penerbangan kelas ekonomi, mereka bagi nasi lemak telanjang kepada penumpang. MAS tidak akan rugi beratus juta jika menambah timun, kacang dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak. MAS rugi kerana pengurusan yang tidak efisen. Banyak duit terbabas dalam poket pengurusan.
Kalau nasi lemak MAS telanjang, Nasi lemak Air Asia Tutup Aurat
Kontroversi hidangan “nasi lemak telanjang” Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditimbulkan tukang masak terkenal Chef Wan kini dimanfaatkan oleh pesaingnya AirAsia.Syarikat penerbangan tambang murah itu kini mengambil kesempatan mempromosikan makanan popular rakyat Malaysia itu dengan caranya sendiri.
Ia menggunakan slogan “Nasi lemak kami LENGKAP!” untuk iklannya.
AirAsia mengetengahkan kombo sarapan berupa kombinasi nasi, sambal, rendang ayam, ikan bilis dan kacang goreng serta telur rebus.
Malah, secara sinis, dimuatkan ayat bertulis cogan kata: “Sejuklah di udara kalau telanjang.”