Tiada petunjuk dan maklumat terkini untuk keluarga mangsa dan orang ramai. Mungkin kerana gerakan mencari menyelamat masih tidak mendapat petunjuk.
Ada beberapa maklumat salah dikeluarkan oleh pegawai yang bertugas. Sebelum ini, pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin mengeluarkan kenyataan yang bercanggah termasuk 5 orang tidak menaiki pesawat. Sebab itu kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan. Semua masih dalam siasatan.Seorang ahli keluarga penumpang MH370 yang dilaporkan hilang dilaporkan telah membaling botol air mineral pada 4 orang kakitangan MAS di Beijing sambil menuduh seluruh orang Malaysia sebagai "penipu"...
Dia dikatakan berbuat demikian setelah tidak berpuas hati apabila kakitangan MAS tu tak dapat berikan berita terkini tentang MH370....
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud MENAFIKAN laporan yang memetik beliau sebagai berkata pesawat MH370 dikesan radar TUDM berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka.
Laporan ini bukan dikeluarkan oleh Berita Harian sahaja. Beberapa akhbar luar juga memetik kenyataan seumpama ini.Kenapa kenyataan media yang dikeluarkan tidak tepat?. Ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar lebih berketrampilan dalam mengeluarkan kenyataan.
Wajarkah ketua mencari dan menyelamat ditukar.?
No comments:
Post a Comment