Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Kebetulan MH370 dalam Man of Steel

Copy Paste

Adakah ini satu SIMBOLIK kebetulan atau sebaliknya, mari kita lihat..
1) No. yg tertera di atas bas: MIA6370.... yg 'boleh' membawa maksud... (minit 0:25 & 1:00)
*M.I.A (Missing In Action),
*'6' (kod panggilan telefon bg negara Malaysia)
*370 (penerbangan MH370)
2) mesin gergasi 'alien' menggerudi di 'LAUTAN HINDI' (minit 1:44)
3) Simbol 'Trident'
Kebetulan atau kebenaran, hanya Allah S.W.T saja Yang Maha Mengetahuinya... Wallahualam...
Yg pting kita sama2 mendoakan agar semua penumpang2 termasuk krew MAS selamat pulang ke pangkuan keluarga masing2.. InsyaAllah~

Friday, March 28, 2014

Mana bangkai MH370... alahai

Semalam pencarian #MH370 mendapat petunjuk baru. 122 objek dapat dicerap oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space.


Hari ini Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.


Ada juga blog mendedahkan 'benda' berupa pemadam api pesawat dijumpai di pantai Baarah kepulauan Maldives.


Kesimpulan untuk setakat ini, misi mencari di lautan hindi ditangguhkan akibat cuaca buruk.


Rakyat China terus menunjukkan protes kepada Malaysia. Oleh kerana berita ini memalukan Malaysia, apa yang dilaporkan Malaysiakini adalah tepat.

Selebriti ternama China termasuk pelakon Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.
Mangsa terdiri daripada pelbagai negara, anehnya hanya rakyat China memprotes tindakan menyelamat yang diketuai oleh Malaysia.

Kurang jelas mengapa rakyat China memprotes. Malaysia sudah melakukan yang terbaik. Jika negara China sendiri gagal untuk membantu, mengapa harus menuding sepenuhnya kepada Malaysia.

Pagi tadi aku ada bersembang dengan seorang doktor gigi. " Orang cina mana ada iman. Sebab itu mereka tidak dapat menerima hakikat Qada dan Qadar".

Kita menyalahkan rakyat China kerana mereka tidak berpuas hati. Bagaimana dengan pengisian akhbar PAS?


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.


“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.
Siasatan hanya menjurus kepada rampasan tetapi kerajaan tidak boleh mengeluarkan kenyataan rasmi pesawat dirampas. Untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu, kerajaan harus mempunyai bukti yang kukuh.

Sebagai seorang presiden, Abdul Hadi sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pihaknya hanya memaklumkan maklumat terkini tanpa unsur spekulasi. Tulisan " jika pesawat terhempas di lautan hindi kerajaan harus membuktikan dengan serpihan pesawat atau cebisan mayat..... 

Apa yang mampu aku katakan... bengongg.. susah cakap dengan orang yang rosak otak.

ps : Penganut pembangkang menyalahkan kerajaan kerana pihak polis menyiasat rumah dan simulator juruterbang. Ada dikalangan mereka mendesak kerajaan memohon maaf kepada keluarga Kapten Zaharie.

Bengong... bila kerajaan menuduh pilot merampas pesawat.? kalau tak siasat macam mana untuk merungkai misteri.?

Thursday, March 27, 2014

Gagal nampak pada kerajaan, walhal dunia sukar mencari jejak MH370

Waktu tiada facebook.



Hari ini semua orang boleh bersuara walau hingus masih meleleh.


Apa maksud tulisan aku.?

Sekarang terlalu ramai orang seperti dia. Penyokong pakatan menuduh kerajaan melenyapkan kapal terbang semata-mata kerana prk Kajang.

Malaysia boleh kawtim China dan US? Hebat betul Najib....


Kerajaan sudah menyatakan kesediaan memberikan data kepada kerajaan China. Isunya orang hanya pandai cakap tanpa memikirkan jika dia di pihak kerajaan.

Vietnam tidak membenarkan sesiapa memasuki perairan negaranya. India tidak membenarkan China memasuki perairannya. Indonesia tidak ada masalah.

Apa yang aku tegasnya, negara luar ada kepentingan masing-masing. Tidak semua maklumat mereka dapat dikongsikan bersama. Jika maklumat itu mahu dikongsi ia perlu kebenaran daripada pihak terbabit terlebih dahulu.


Malaysia bukan negara besar atau ketenteraan. Negara dikelilingi oleh perairan, tetapi banyak kapal perang dalam kategori besi buruk. Jangan disamakan Malaysia dan Singapura. Negara selatan itu anak emas US.

Walaupun Malaysia negara kerdil, kebijaksanaan memimpin tidak boleh dipertikaikan. Kalau pemimpin kita tidak bijak, sudah lama mereka lanyak kita.


Keluarga mangsa di China cuba merempuh kedutaan Malaysia di China. Mereka berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat.


Sindiran Hishamuddin kepada pemberita China.



Banyak komen sekadar komen kepala lutut. Aku tidak berminat untuk mengkritik. Pendapat masing-masing.

P/s: Jika menyalahkan kerajaan mengerahkan pasukan mencari di Laut China Selatan, cuba buka minda. Sementara mengaliasa data, bantuan harus digerakkan secepat mungkin. Misi menyelamat bukan boleh ditangguhkan barang seminit.

Wednesday, March 26, 2014

Jawapan mengapa MH370 terhempas di Lautan Hindi

Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).

Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US)

Sumber

Monday, March 17, 2014

Pembangkang menolak teori pilot merampas akibat kecewa

Semua orang mampu membaca, baca sendiri!.

Kita banyak disajikan politik murahan. Tak kisahlah mereka orang umno atau pembangkang. Memang persenjataan kita tidak hebat, tetapi aku yakin mereka yang menjaga negara ini terdiri dari orang yang hebat.

Jika negara ini menumpahkan darah, siapa yang berpusu-pusu membeli tiket melarikan diri.?


Kepenatan yang tidak dirasi oleh sebahagian besar mereka yang mengecapi kenikmatan kemakmuran. Masih ramai yang mempersendakan "syukur malaysia masih aman".

Air dicatu nafas sudah bercungap tak tahu apa akan jadi jika peluru turun bak hujan,


Dakwaan pembangkang, kehilangan MH370 konspirasi kerajaan. Jika benar ia konspirasi kerajaan, pastikan stor di belakang rumah penuh dengan bekalan makanan. Takut nanti ada mati kelaparan.


Jika ia konspirasi kerajaan, kenapa Malaysia menerima bantuan negara luar. Kalau bukan kerana ketegasan Malaysia, sudah lama Malaysia dalam cengkaman amerika.


Mereka sering memburukan kerajaan dan sering melontar teori ia angkara kerajaan. Apabila pendedahan pilot pemuja ketua pembangkang, mereka pula menolak konspirasi.


Video ini sesuai untuk pembangkang....!!

Friday, March 14, 2014

Pencarian pesawat MAS, Petunjuk baru dari ALLAH Subhanahu wa ta'ala.?

Maha suci Allah. Kebetulan atau Allah memberi petunjuk, Insyallah pesawat MAS MH370 akan ditemui. Sama-samalah kita terus berdoa agar Allah memberi keizinan kepada kita untuk mengembalikan pesawat yang hilang itu.

Hari ini hampir kebanyakan masjid negeri dan daerah mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa untuk memberi petunjuk bagi pasukan mencari dan menyelamat menemui kapal terbang MAS yang hilang.


Di Brunei Sultan Brunei menitahkan agar semua masjid mengadakan solat hajat bagi tujuan yang sama.


Thursday, March 13, 2014

Giliran alim ulama membantu mencari MH370

Marahkah kalau aku tanya, kenapa harus buat solat di perkarangan Anjung Tinjau KLIA. Pada hemat aku, sebaiknya kerajaan menyusun solat hajat di masjid seluruh negara.

Sewajarnya kerajaan juga menyiasat kenapa mereka membenarkan dua bomoh memperagakan kepakaran mereka membuat lawak bodoh.

Lawatan mufti dalam misi membantu menyelamat. Siapa kata kerajaan tidak memberi peluang kepada mereka yang berkemampuan dalam misi SAR.

Pada hemat aku, bukan semua orang mampu untuk mentafsir alam ghaib. Datuk Haron Din mempunyai kepakaran yang sukar dicari ganti.

Atok Raja Bomoh Terbang Cari MH370

Tak sangka P.Ramlee lagi hebat dari semua raja bomoh.


Ha ha ha... zamzam ala kazam.!!!


Beg seorang wartawan Hong Kong dilaporkan dicuri di Every Hotel Putrajya. Dia mendakwa kehilangan RM15,000.

Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.

Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.

Jangan nak menyibuk

Emel seorang pekerja pelantar minyak menyaksikan sebuah kapal terbang terhempas.


Satelit China mengesan satu objek di kawasan pencarian.


Menurut CNN, agensi Cina itu juga telah memberikan koordinat 105.63 longitud timur dan 6.7 latitud utara, yang menunjukkan ia berada di perairan timur laut dari tempat ia berlepas di Kuala Lumpur, Malaysia dan sebelah selatan Vietnam serta berhampiran dengan kawasan di mana pesawat itu dikesani terputus hubungan.

Tapak carian baru adalah lebih kurang 225km ( 140k batu) dari kedudukan MH370 itu hilang.


Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang, menurut majalah New Scientist.

Data tersebut mungkin membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu dengan tiada sebarang petanda sejak ia hilang pada awal pagi Sabtu, menurut laporan itu semalam.

Laporan itu boleh dihantar melalui gelombang radio VHF atau satelit di tempat berlepas, semasa mendaki, di satu titik ketika terbang atau semasa mendarat.

Majalah tersebut mendapati kenyataan media ke-11 Malaysia Airlines ada menyebut, “Semua pesawat MAS dilengkapi dengan Acars yang menghantar data secara automatik. Bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat yang diperoleh.”

“Ia mungkin masih belum ada maklumat kukuh yang diperoleh. Tetapi New Scientist difahamkan syarikat pengeluar enjin Trent 800 Boeing 777, Rolls Royce menerima dua laporan data daripada penerbangan MH370 di pusat pemantauan enjin global di Derby, United Kingdom di mana mereka memantau penggunaan enjin pesawatnya.”

Difahamkan meskipun data enjin dipantau daripada Acars yang lebih besar melaporkan semua penerbangan kritikal dan avionik, ia mungkin bermaksud menara kawalan mempunyai petanda berguna mengenai keadaan pesawat sebelum dilaporkan hilang.

“Pesawat tidak terbang lama untuk mengeluarkan lebih laporan Acars,” menurut laporan itu merujuk kepada pesawat yang hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.

“Di bawah peraturan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, laporan sedemikian kekal sulit sehinggalah diperlukan penyiasat,” katanya.

Pencarian kehilangan pesawat itu diteruskan untuk hari kelima hari ini meliputi kawasan Laut Andaman, Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Tiada petanda di mana kedudukan pesawat itu sejak ia hilang menjadikannya salah satu misteri penerbangan yang pernah berlaku.


Satu lagi teori mengapa kapal terbang malang itu tidak dijumpai.

“Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera," jelas laporan tersebut.

Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.

“Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera.

Jawapan dari bos paling tepat. Jangan nak menyibuk dengan gosip.

Wednesday, March 12, 2014

Kecelaruan maklumat dalam misi mencari dan menyelamat

Pencarian pesawat diperluaskan di daratan. Keputusan dibuat bersandarkan dengan maklumat kapal terbang terbabit berpatah balik dan maklumat awam.

Tiada petunjuk dan maklumat terkini untuk keluarga mangsa dan orang ramai. Mungkin kerana gerakan mencari menyelamat masih tidak mendapat petunjuk.

Seorang ahli keluarga penumpang MH370 yang dilaporkan hilang dilaporkan telah membaling botol air mineral pada 4 orang kakitangan MAS di Beijing sambil menuduh seluruh orang Malaysia sebagai "penipu"...

Dia dikatakan berbuat demikian setelah tidak berpuas hati apabila kakitangan MAS tu tak dapat berikan berita terkini tentang MH370....
Ada beberapa maklumat salah dikeluarkan oleh pegawai yang bertugas. Sebelum ini, pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin mengeluarkan kenyataan yang bercanggah termasuk 5 orang tidak menaiki pesawat. Sebab itu kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan. Semua masih dalam siasatan.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud MENAFIKAN laporan yang memetik beliau sebagai berkata pesawat MH370 dikesan radar TUDM berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka.
Laporan ini bukan dikeluarkan oleh Berita Harian sahaja. Beberapa akhbar luar juga memetik kenyataan seumpama ini.


Kenapa kenyataan media yang dikeluarkan tidak tepat?. Ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar lebih berketrampilan dalam mengeluarkan kenyataan.

Wajarkah ketua mencari dan menyelamat ditukar.?

Pendedahan Co-pilot bersama penumpang di kopkit

Api atau lampu.?



Seorang pelancong asing telah mendedahkan bagaimana beliau dan seorang temannya telah "dijemput" untuk melepak dalam kokpit kapalterbang di sepanjang penerbangan MAS oleh pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang.


"Sepanjang keseluruhan penerbangan mereka bercakap kepada kita dan mereka sebenarnya merokok sepanjang penerbangan tersebut yang saya tidak fikir mereka dibenarkan untuk berbuat demikian,";

Kenyataan rasmi dari Malaysia Airlines:

“Malaysia Airlines has become aware of the allegations being made against First Officer, Fariq Ab Hamid which we take very seriously. We are shocked by these allegations. 
We have not been able to confirm the validity of the pictures and videos of the alleged incident. As you are aware, we are in the midst of a crisis, and we do not want our attention to be diverted. 
We also urge the media and general public to respect the privacy of the families of our colleagues and passengers. It has been a difficult time for them. 
The welfare of both the crew and passenger’s families remain our focus. At the same time, the security and safety of our passengers is of the utmost importance to us." 

Tuesday, March 11, 2014

Dimana MH370 ?

“"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali  dan Austria tapi muka macam orang Asia,"" Zahid Hamidi.
Kenegaraan seseorang tidak boleh dinilai melalui wajah dan warna kulit. Ramai orang sudah berhijrah dari negara asal.

Suspek memasuki Malaysia melalui Thailand. Mereka dibenarkan terbang kerana data masuk dan keluar sama seperti di dalam pasport. Ini kerana mereka berdua pertama kali datang ke Malaysia. Untuk info, negara tidak mempunyai rekod warga asing jika mereka tidak pernah datang ke Malaysia.

Ketika ini kerajaan Thailand giat menjejaki kes ini.



Tak perlu nak komen. Aku anggap Khalid Samad sebagai peserta maharaja lawak. Komen ini lebih baik daripada aku mengata yang bukan-bukan. Amat merugikan bagi warga Shah Alam mempunyai Ahli Parlimen seperti dia.

Mengeluarkan kenyataan bagi sebuah kerajaan bukan seperti menaip dalam facebook. Kalau terhempas apa buktinya? Kalau dirampas apa buktinya?

Jika kapal dirampas, sehingga sekarang belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Jika meletup, tidak ada serpihan pesawat.

Semua orang tertanya-tanya kenapa kapal hilang dari radar secara tiba-tiba.

Pada mulanya aku berpendapat ia meletup atau dirampas. Telahan aku lebih kepada kapal meletup di udara. Ia berdasarkan pilot seperti tidak ada masa untuk memberikan isyarat kecemasan pada menara kawalan.

Bukan kerja mudah merampas kapal terbang hanya berdua. Apapun andaian ini tidak boleh ditolak. Setelah akhbar mendedahkan dua orang suspek sudah membeli tiket ke Amsterdam dan berpecah, teori rampasan boleh ditolak.

Tidak logik perampas atau pengganas membeli tiket.

Antara maklumat awam yang terkini dan masih dalam siasatan.


Apa sebenarnya yang berlaku? Radar tentera mengesan kapal berpatah balik tetapi penduduk melihat dan mendengar bunyi letupan.


Mungkin memalukan kerana ia dibuat di khalayak ramai dan kaedah yang digunakan seperti orang Jakun. Tetapi realitinya, lebih baik membantu daripada hanya pandai bercakap.

" Hilang..!! "Full Stop", Kapten Nurodin ABD Majid.


Hari ini seorang professor menjelaskan situasi sebenar di Bario. Ia senada dengan kapten Nurodin.


Video pendedahan kurang baik pembantu juruterbang didedahkan.


Memohon pertolongan daripada Maha Pencipta.

Gambar dua warga iran dalam pesawat MAS MH370


Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bercakap dalam sidang media di sini, sebentar tadi, beliau berkata, ibu warga negara Iran berkenaan yang berusia 19 tahun, sememangnya menunggu anaknya di Franfurt dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi.

Identitinya dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.


Katanya, semakan polis mendapati, Pouria (atas) yang memasuki Malaysia pada 28 Februari itu tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Tiada kemungkinan bahawa dia adalah anggota sebarang kumpulan pengganas.

"Apabila kita kenalpasti beliau sebagai penumpang dengan pasport curi, kami memfokuskan kepadanya dan menyebarkan kepada pasukan polis seluruh dunia dan tentulah kami mendapat jawapan sangat pantas.

"Apabila dia tidak muncul, dia menghubungi kami di sini, sebab itu itulah kami tahu dia adalah orang yang sama yang menggunakan pasport palsu," katanya.

Pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang (kanan) yang memegang pasport dicuri, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Monday, March 10, 2014

Laporan polis pemancing ternampak pesawat terbang rendah

Kesahihan cerita belum dapat dipastikan. Sebelum ini ada laporan dari China menyatakan seorang keluarga mangsa berjaya menghubungi melalui telefon bimbit sebelum terputus.

Pihak tentera mengesahkan kapal tersebut berpatah balik tanpa memberi sebarang isyarat.

Adakah kapal ini dirampas.
Mereka  membayar dengan bath di pusat jualan tiket yang sama walaupun dari negara berbeza. Kedua-dua pasport ini dilaporkan hilang dua tahun lepas.